Happy Birthday To Me
Pilihan ku adalah..
Si Dia yang ku terima telah membuka jalan baru untuk aku...Antara perkara yang aku tertarik...
Pertama :Agamanya...Secara ikhlas dia bukanlah alim sangat tapi masih mengetahui asas2 agama,masih perlu diperbaiki...Yang baiknya dia boleh menerima teguran dan sedia belajar...Baguslah tu kan, at least dia ada keinginan untuk memperbaikinya..(Urm, satu perkara je aku belum test, bacaan Al-Quran nya..Bakal dinilai.....hehehe)
Kedua: Kelakuannya...Setakat ni yang aku tgk hubungan dia dengan keluarga baik ( terlebih baik, dah macam anak manja plak.mentang2 anak bongsu..huhuhu..kalah aku mcm ni..kui kui kui)...Hubungan dia dengan kawan2 pun baik...Cara dia melayan orang pun ok..Jarang marah, sentiasa Happy Go Lucky..paling baik sekali, dia dapat menangani perangai mood-swing aku ni...Baguslah tu kan..hehehe..
Ketiga: Keluarganya alhamdulillah semuanya baik2 dan begitu mesra sekali...Dup Dap Dup Dap gak lah bila jumpa first time..hehehehe..Paling akhir sekali aku jumpa ayah dia...Tetiba teringat kat arwah nenek aku... Ayah dia tgk aku pastu senyum, itulah saat yang aku happy...hehehehe..(Sek Bek ayah dia x reject bakal menantu dia ni..kui kui kui...)
Keempat: Hubungan dengan Parents aku...dia dah tepon mak aku masa birthday mak aku...( cam nak bodek jer kan..hek hek hek)... Apelah yang dorg sembang, bukan nak cakap...huhuhu...
Kelima: Ikatan...Alhamdulillah, dia pun dah bgtau nak datang umah aku tahun depan...bila?..jeng..jeng..jeng...Tungguuuu...kikiki..( Harap2 tercapai impian aku nak kawen sebelum umo 25 tahun..huhuhu)
So...next episode k..hehehe
Pssttt: cite punya panjang, lupa nak bgtau sape pilihan aku... budak opis aku tu la..Kembang nicknamenya ( gelaran aku bagi)..kekeke..Lagi satu, lupa nak ckp pasal dia yang tak berapa nak best..Dia ni suka loyar buruk..huhu...sakit ati den kenkadang tau...
Siapa pilihanku?...
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasih
Andai Seorang Lelaki Itu Datang | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...
Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"
TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...
Diambang Rindu | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Di pagi yang kelam,
Ku tersedar dalam cahaya,
Lantas memori indah mengimbau,
Disaat itu,
Rindu kian memuncak,
Pada insan bernama kekasih.
Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan,
Jangan jadikan kerinduan ini...
Meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul.
Sesungguhnya Ya Rahman...
Engkau mengetahui hati-hati hambaMu yang merindu,
Merindu pada insan yang tidak pasti,
Namun dia adalah harapan,
Kerana kami pernah mengukir janji,
Menaruh rasa rindu kami,
Menahan rasa rindu kini,
Yang ada hanya rindu padaMu, Sang Pencipta rindu,
Hingga tiba saatnya,
Rindu yang halal itu milik kami...
Maka Ya Rahman...
Teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu,
Jangan biarkan rindu itu mekar dan terus berbunga,
Mematuk dan terus menular bisanya,
Hingga bisa menjadi nanah merbahaya,
Dibuai angan dan mimpi yang tidak berkesudahan,
Kerana,
Semuanya tiada erti tanpa redhaMu,
Ya Rabbi..
1s day of syawal...
Mulut kadang salah mengucap
Hati kadang salah menduga
Setidaknya kata masih dapat terungkap
Selamat Idul Fitri, Mohon maaf lahir & batin...
Puasa 6 selepas raya....
Ada sesetengah orang...
Salam Ramadhan
Thank you Iluvislam untuk wallpaper yang cantik ini...hehe |
Apepun, semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang beriman...Tunggu next post yer...nak post benda len sebenarnya, tp tertaip plak yang ni...hahahaha...
Hakikatnya Manusia Berubah
Serba Serbi..adoyai
Hobi sampingan...
Hari Pertama...Tak sabar2 nak tgk daun tumbuh..hehe |
Hari ke-3...Kulit luar dia dah terbelah siket..weeee.. |
Hari ke-4...dah makin besar...dah nampak akar..yahuuu |
Hari ke-6..Yeye..dah kuar dari kulit.. |
Hari ke-7... Dah terbelah..nampak tak daun dia...halus lg..siram banyak2..hehehe |
Hari ke-8..Wahhh, dah makin tinggi... |
Hari ke-9...Tgk, daun dia dah tegak ke atas... |
Hari ke 10...Daunnya sudah kembang...time ni letak bawah matahari... |
Hari ke 11..Inilah hasilnya...sihat pokok aku ni..hehehehe...well, kat dikotiledon dia tu ada tulisan... |
Di sebabkan pokok ni makin membesar, terpaksalah pindah ke pasu lebih besar...hehehe...Makin sihat pokok kesayangan aku tu..kekekeke...ERMMMM...boleh wat sayur goreng tak???...
p/s: Harga dia tak lah mahal sangat..Gi HOT MARKET kat angsana tu..5 biji RM 2...Pasu doraemon tu aku beli 10 ringgit.Dalam tu dah disediakan biji benih..leh pilih nak perkataan ape.....tp klu beli kat kedai besa2 tu lagi murah kut...Sesuai utk dihadiahkan pada yang tersayang...Ok..setakat itu aje...Jumpa lagi di lain post...heheheh
Tahniah kawan2
Kejap je dapat jumpa dorg2 ni..Pn Una x sempat nak jumpa..so bgambar dua orang graduate je...
Yang pegang bunga tu lah yang grad nyer...yang len memeriahkan suasana je...hehehehe... |
Keje Baru??
Demam Kuning...Jaundis
Yg besar tu, izwan..setahun lebih dah, yg kecik tu, adam..enam bulan lebih..ni le 2 budak yg aktif..alahai, baru 2 hari x jumpa..rindu lah pulak... |
adam |
Muhammad Firdaus |
Hari last aku kat umah, nak balik ke Jhr..cuti da abeh maa..huhu..mak aku dan cucunya..hehe |
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor. ~ mybengkung
Bila aku baca pasal jaundis ni, baru aku tau sebenarnya panyakit ni bahaya jugak kalau x dirawat dengan betul...Kalau tahap bilirubin ni makin tinggi, masalah len plak akan timbul..
Bayi perlu diberi rawatan di hospital secepat mungkin apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi. Apa yang penting ia boleh mengelak terjadinya kenicterus.
Untuk Adam | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.
Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?
Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.
Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.
Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.
Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.
-Artikel Iluvislam
Mencari Cinta..014
Hati ini telah kau curi...Bagaimana harus aku hidup tanpa hatiku...huhuhu |
Mencari Cinta..013
Berita Harian Online | Bumi berubah
Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.
Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.
Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.
Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.
Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.
Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.
INFO: Definisi
Trip to KL-SA-K...
Paling best dapat masuk "i-city" kt shah alam... teringin sangat nak pegi sana...memang tempat tu cantik dengan kilauan cahaya yang berwarna warni..weeee...seronok betul tgk keindahan tu...
Psst: Dalam perjalan pegi KL tu, dapat berita gempar pasal gempa bumi, tsunami dan letupan nuklear kat jepun tu...Kesiannyer orang2 kt tempat kejadian...Tertanya2 jugak, adakah itu kesan Lunar Perigee tu..Urm, Allahu'alam.