Ape nak buat?

Thursday, April 19, 2012

| | | 0 comments
Asalamualaikum...huhuhhu. ari ni baru berkesempatan nak tulis blog... 

Sejak akhir2 ni asyik fikir macam2 jer...susah nyer rasa.... hari penting aku tak lama lagi tapi tak terasa kesibukan nya lagi... kadang2 terfikir jugak, ish aku ni dah bersedia ke belum nak jd tunang orang ni...( ni baru nak tunang,belum nak majlis kawen lg......huhuhu)

Hantaran lah, baju lah, cuti lah, pelajaran lg....erm...huhuhu.... moga2 fikiran ni tak bertukar untuk batalkan semuanya....

Susah jugak ea...tambah2 lagi aku ni tak keje lagi, nak pakai duit orang cam segan jer...nak mintak kat mak ayah lagi lah segan...huhuhuhuhu.... urmm...ape patut aku fikir semula pasal ni?...huhuhu

Hantaran?..nak bagi apa yer...tengah2 sibuk buat kerja makmal ni sempat gak aku mencari barang2 yang sesuai dibuat hantaran.hehehehe Cadangan aku macam ni lah: Tafsir Al-Quran, Kain (sama kaler dgn kain aku), songkok, perfume, sejadah, buku, kek, kuih, gula2, buah-buahan... okay tak cadangan aku? ada cadangan lain?...

Baju?...ala, ni lagi satu perkara yang perlu dicari...nak pakai baju ape nanti yer?...ikut cadangan aku , pakai je yang mana ada..baju raya ke...cuma beli tudung  jerlah yang berkilat2 siket...jadi lah tu...

cuti?...ohhhh...macam maner ni...keje banyak, tapi kena jugak amik cuti awal...nak wat persiapan lagi...huhuhu...aku ni bukan pandai nak hias2 hantaran...adoyai...beli kotak lah senang...

Tema?...kawan aku tanya aku wat tema ape?...ermmm...entahlah, xde tema kut just aku buat semua ikut warna yang sama...kalau nak sama dengan baju aku, aku pilih kaler oren...jd tema kaler aku hari itu adalah oren....kekeke...dulu, tak penah terlintas pn nak wat wana oren...

Ok lah...nanti aku sembang lagi...nak sambung pikir balik ni...hehehe...



psstt...: ade sape2 nak sponsor hantaran/gubah hantaran ke?..hehehe...jemput2 lah yer dtg umah aku awal...kekekeke...tata

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Monday, February 20, 2012

| | | 2 comments
 Assalamualaikum....beberapa minggu yang lepas aku da terbaca satu artikel dari FB ustaz Azhar Idrus tentang wanita..Moga2 kita dapat menjauhi dari menjadi wanita-wanita sebegini...
 
4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

 
1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.


" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..


" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.


Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.


Curang pada suami.


Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.


Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.


" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.


2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).


Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.


" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "


Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.


" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "


" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "


" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."


3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.


" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."


" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "


" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."


4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.


Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.
 
Artikel ni di ambil dari ceramah Ustaz Kasim Elias...Moga-moga dapat kita jadikan renungan (khas untuk kaum-kaum hawa)...dan bagi kaum Adam yang membaca artikel ni, jagalah saudara-saudara perempuan kamu supaya tidak terjadi seperti ini...Allahualam...
 

Hati-hati bila berkata-kata

| | | 0 comments
Assalamualaikum semua...hehehe..arini nak kongsi siket ape yang aku pikir sepanjang minggu ni..hak hak hak...
Macam mana menilai seseorang??...or boleh dikatakan camne nak nilai diri sendiri???

Kadang-kadang kita suka nilai orang tapi lupa yang orang pun sentiasa menilai kita....tul tak?..ermm..ke aku je..hehe..

dari pemerasan otak aku yang kadang2 betul2, kadang2 terlebih betul nih...cara aku nilai orang yang paling mudah adalah cara pergaulan

Kita akan dinilai dengan cara kita berborak dengan orang (kata2 yang keluar dari mulut kita)... contohnya

Dia ni bila cakap dengan kita dia suka cerita yang buruk2  pasal kawan kita yang lain...Selalu puji2 diri sendiri (perasan bagus la kut)...Bagi seseorang yang mudah terpengaruh baiklah dijauhi, tetapi bagi seseorang yang kuat imannya bantulah kawan kita ni sedar dari kesilapan...dia pun manusia jugak)...

 kalau kita asyik kutuk2 atau buruk sangka orang len sebenarnya telah menjatuhkan peratusan kepercayaan orang kat kita..Jadi berhati2 lah bila berkata2...(Kalau da masalah dgn orang pun, better cakap depan2 dengan org tu bukan kutuk2 belakang...hohoho..)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada buruk sangka kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.” 

Cara kita nak melawan pemikiran yang jahat2 ni..banyak caranya

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Selain tu boleh banyakkan zikir...antaranya:

Rasulullah pernah menyatakan : terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT iaitu

 "subhanallah wa bihamdihi"
Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya

 dan 

"subhanallah hil azim" 
aha suci Allah yang maha Besar

dan lain-lain zikir boleh dipraktikkan beristighfar pun digalakkan, cara ni boleh menyibukkan mulut kita agar kita kurang bercakap sesuatu yang tidak baik...

Bagi kita2 yang selalu mendengar cerita-cerita yg kurang enak pulak, jgn lah mudah percaya...elok diselidiki dahulu..Sbb perkara2 macam ni kadang kala boleh mengundang musibah pada diri sendiri atau orang lain...seperti dalam surah al-Hujurat..(Setiap ayat dari surah Al-Hujurat ni mengandungi maksud2 yang saling berkait dengan keburukan bersangka buruk)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)

Bagi yang dahulu2 pernah menyebarkan perkara2 yang tidak betul, eloklah bertaubat...dan meminta maaf pada orangnya...moga2 diampunkan dosa..Amin
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)
 Allahualam...




Happy Birthday To Me

Thursday, December 15, 2011

| | | 0 comments
Asalamualaikum...Hari ni nak post banyak2...

Pada 10 DEC 2011 yang lalu, hamba Allah ni telah meraikan hari ulang tahun kelahirannya..Terima Kasih buat yang wish Birthday aku..huhuhu..So Happy (^-^)...

Ada seseorang dalam hidup aku kata, xpenting pun wish2 birthday ni,...(Urm, memanglah tak penting)...Tapi kan, tak salah kan klu wish...terkadang ada terselit, doa2 yang baik2 macam semoga sihat selalu, semoga bahagia..( Kan bagus tu ada yang doakan kita) and At least kita tahu masih ada yang menganggap kita ni sebahagian dari kehidupan dia walaupun terselit siket jer...Dan kita leh rasa diri ni dihargai dan diingati...Betul tak????.....


Birthday aku kali ni lain sangat sebab ada majlis kecil kecilan...oleh Kembang tersayang... Majlis dibuat kat rumah kakak dia dan yang datang semua ahli keluarga dia...Mula2 dia nak suprise kat aku..tapi entah kenapa hari tu aku menjenguk kat dapur...ternampaklah Kek Secret Recipe...heheheh..xjd suprise..kekeke..maaf yer..len kali bgtau lah jgn g dapur, kan senang..hik hik hik...


Khas buat yang tersayang..
Terima kasih sebab buat saya jd orang yang sangat bahagia...Terima kasih kakak2 sebab layan saya dengan baik...Terima kasih awak sebab inform mak saya dulu ( selalu2 lah begitu yer...hehe)...Terima kasih sebab sanggup cari kek favorite sy tu..( "classic cheese"..Mula2 tu sy sedih, sbb awk tukar plan g umah kakak awk..huhu..bru ingat nak singgah jusco g beli kek tu...tapi x sangka awk dah beli siap2 (walaupun kek tu kakak awk yg belikan..hehehe)...saya berangan makan satu slice je, tp awk beli satu bulat besar..happy giler saya...tp mknnya satu slice gak, sbb dah kenyang..huhuhu) 

Anyway..Thanks all for the wish...May Allah bless you...(^_^)




Pilihan ku adalah..

| | | 0 comments
Asalamualaikum.... Lama dah aku tak berblog...Sian blog aku..huhuhu...

Entah Kenapa hari ni aku rasa cam nak berfalsafah plak...erk..bukan2..nak bercerita sebenarnya...
Pasal post lepas tu, jeng...jeng...jeng...Apekah yang berlaku selepas itu...

Akhirnya selepas aku berfikir panjang, meneliti, mentelaah (ewah2 cam tgh baca buku plak...kui kui kui)...Dari keadaan berlari, berjalan, berdiri, duduk, baring ( siap tertido lg...ish3).... AKu dah buat keputusan...
Berdasarkan falsafah ini "Pilih lah orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai..kerana lebih mudah untuk mengubah hati kita dari mengubah hati orang lain..."

Si Dia yang ku terima telah membuka jalan baru untuk aku...Antara perkara yang aku tertarik...

Pertama :Agamanya...Secara ikhlas dia bukanlah alim sangat tapi masih mengetahui asas2 agama,masih perlu diperbaiki...Yang baiknya dia boleh menerima teguran dan sedia belajar...Baguslah tu kan, at least dia ada keinginan untuk memperbaikinya..(Urm, satu perkara je aku belum test, bacaan Al-Quran nya..Bakal dinilai.....hehehe)

Kedua: Kelakuannya...Setakat ni yang aku tgk hubungan dia dengan keluarga baik ( terlebih baik, dah macam anak manja plak.mentang2 anak bongsu..huhuhu..kalah aku mcm ni..kui kui kui)...Hubungan dia dengan kawan2 pun baik...Cara dia melayan orang pun ok..Jarang marah, sentiasa Happy Go Lucky..paling baik sekali,  dia dapat menangani perangai mood-swing aku ni...Baguslah tu kan..hehehe..

Ketiga: Keluarganya alhamdulillah semuanya baik2 dan begitu mesra sekali...Dup Dap Dup Dap gak lah bila jumpa first time..hehehehe..Paling akhir sekali aku jumpa ayah dia...Tetiba teringat kat arwah nenek aku... Ayah dia tgk aku pastu senyum, itulah saat yang aku happy...hehehehe..(Sek Bek ayah dia x reject bakal menantu dia ni..kui kui kui...)

Keempat: Hubungan dengan Parents aku...dia dah tepon mak aku masa birthday mak aku...( cam nak bodek jer kan..hek hek hek)... Apelah yang dorg sembang, bukan nak cakap...huhuhu...

Kelima: Ikatan...Alhamdulillah, dia pun dah bgtau nak datang umah aku tahun depan...bila?..jeng..jeng..jeng...Tungguuuu...kikiki..( Harap2 tercapai impian aku nak kawen sebelum umo 25 tahun..huhuhu)

So...next episode k..hehehe

Pssttt: cite punya panjang, lupa nak bgtau sape pilihan aku... budak opis aku tu la..Kembang nicknamenya ( gelaran aku bagi)..kekeke..Lagi satu, lupa nak ckp pasal dia yang tak berapa nak best..Dia ni suka loyar buruk..huhu...sakit ati den kenkadang tau...



Siapa pilihanku?...

Thursday, October 6, 2011

| | | 0 comments
Assalamualaikum...Lama x update blog nie...huhuhu

*************************
Sejak akhir2 ni, banyak perubahan yang berlaku... Alkisahnya, beberapa minggu yang lepas, aku baik dengan seorang budak lelaki dekat opis tempat aku keje... kawan cam besa la... Lama2, makin rapat, cam kawan baik plak... ( Orang bijak pandai kata " A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other.Maybe temporarily,Maybe at the wrong time,Maybe too late,…or maybe forever").Ayat ni sebenarnya untuk kawan sek aku (Sayang sgt kat dia, tapi dia je x syg "sgt" kat aku...)

Akhirnya....satu hari tu, Dalam duk mesej2 budak opis ni, dia pun berterus terang kat aku, yang sebenarnya dia suka kat aku, ( Mungkin aku kut yang nerd sgt smpai x perasan budak ni suka aku sbenanya..ish3, ye la, mana taknya, aku tgk dia lyn aku cam dia layan kawan2 prempuan yang lain, so aku anggap normal la kut)...Dia minta "couple" tapi aku tolak, "just fren" sahaja..( Time ni, hati aku masih dekat budak tu (yang x thu pun betapa aku syg sgt kat dia...huhuhu), Aku ingat dia nak give up...esoknya dia masih mencuba...

Erm, Sejak dia berterus terang tu, aku jadi serba salah plak...Tipu lah kalau aku kata aku xde perasaan kat dia...cuma perasaan ni bagi aku normal untuk perempuan yang sedang "single" dan dalam pencarian calon suami(kekekeke...hepp!!! cubalah serius siket, kui kui kui.)  Tapi waktu ni aku dah tetapkan hati untuk seseorang (budak sek tu lah...dulu budak sek, sekarang dh bekerjaya...hehehe)

Dan...aku pun dah berterus terang dgn dia pasal budak sek yang aku tunggu tu...Dia masih mencuba...(ish3x, x nak mgalah jugak yer..ermm)

Satu malam, ketika aku teman kawan aku balik KL, budak opis ni call...Akhirnya dia melamar aku.... (excited gak lah, ye la, ade org melamar tp time ni aku memang tak tahu nak jawab ape)...Mulanya aku nak tolak, tapi aku sendiri pun tak pasti... Aku x bg lah harapan kat dia tp aku pun x dapat tolak...Terumbang ambing di tgh laut ( mana tau dia ni lah jodoh aku, tak ke aku jd andartu nanti..huhuhu)...Tapi aku x jawab lamaran dia... Sebab aku dah ada orang lain yang aku tunggu...

Perempuan ni penuh emosi kan...aku pun xtau kenapa aku kejap suka, kejap x suka...Kejap happy, kejap sedih..Urgghhh...Ponin den...(@_@)
 Untuk mendapat kepastian, aku pun bertanya pada sidia ( Yang aku suka sgt2 tu), dan menunggu kata putus dari dia..( sebenarnya aku berharap sgt, walaupun dia xnak kawen dgn aku cepat2, at least dia kata dia mahu kat aku, dan minta aku sedikit waktu or sumthin like that...Supaya aku yakin untuk tggu dia)...
But..".sumtime ape yg dirancang manusia x sama dengan apa yang DIA dah tentukan"

Budak tu reply sesuatu yang buat aku sedikit sebak... Dia x benar2 perlukan aku dalam hidup dia...rupanya I just sumone yg dia mahu bila ada keperluan...sedih kan... (bak kata org sengal " budak tu x suka sgt pun kat hg, hg ja sayang lebih2...padan arr muko hang)...Last2 aku ucap terima kasih, at least dia dah pulangkan kembali hati aku...supaya aku pilih kehidupan baru...

(Bila kita mahukan sesuatu, kita perlu usaha untuk dapatkannya...Kalau ia bukan milik kita, at least kita dah berusaha..jadi takkan rasa menyesal) Kadang2, apa yang ada di dalam tangan kita akan terlepas klu x di genggam dengan baik...

Sekarang ni, aku masih berfikir sedalam2nya, lebih dalam dari jurang mariana..kekeke( perumpamaan ja..) Masih belum membuat keputusan, masih belum memilih... Biarlah Takdir yang tentukan...

Sekarang ni, aku tgh menilai budak opis ni...supaya klu aku pilih dia, aku xkan nyesal nanti...n setakat ni, dia lulus dalam beberapa penilaian..and..aku pun mula membuka hati untuk dia...

Bak kata Dr Palsapah cinta( cewaahh)... Pilih lah orang yang mencintai kita daripada orang yang kita cintai..kerana lebih mudah untuk mengubah hati kita dari mengubah hati orang lain...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasih
(wanita – dehearty)
 

Psstt: Macam ne, nak terima ke lamaran tu?...Tp bukanlah kawen cepat2, tunggu aku abeh blajar dulu ker?...Tapi nak kawen cepat pun apa salahnya kan...(hak hak hak, org gatai nak kawen cam ni lah gayanya...x senonoh tul...oppsss)

Andai Seorang Lelaki Itu Datang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, September 15, 2011

| | | 0 comments
Andai Seorang Lelaki Itu Datang | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...

Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...

MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.

Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...