Ada sesetengah orang...

Friday, August 5, 2011

| | |
Post kedua untuk hari ini...hehehehe..
********************************
Ada sesetengah orang....jika dia mahukan sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat... Tak kiralah dugaan macam mana pun, dia akan usahakan...Disamping tu, dia juga berserah pada Tuhannya..jika benar itu rezekinya....Akhirnya dia redha setelah dia dah cuba sedaya upaya...Dan dia terima apa saja dengan gembira...
Jenis orang macam ini insyaAllah, Allah akan berikan yang terbaik untuk dia...Walaupun bukan yang dia inginkan, tapi ape pun yang Allah beri melebihi apa yang dia sangka...Subhanallah, bahagianya orang ni..

********************************

Ada sesetengah orang... Dia inginkan sesuatu..Dia juga berusaha,berdoa...Harapkan yang terbaik... Satu hari usaha dia tercapai, dia gembira dan besyukur..Malangnya,  dia tak jaga apa yang diberi dengan baik...Kemudiaannya dia kehilangannya...Baru lah dia bersedih menyesalinya...
Jenis orang macam ni, tidak tahu menghargai apa yang dia dapat sehinggalah dia kehilangannya, baru dia sedar akan kesilapan nya..dan aku harap orang ni sedar dan akan lebih menghargai apa yang dia ada...Mudah mudahan dia akan jadi lebih baik...tapi " kadang2 manusia tidak akan tahu kepentingan sesuatu hingga hari dia kehilangannya" macam tu sifat  sesetengah manusia kan...
kadang2 Allah bagi peluang kedua, jadi kita kena hargai "peluang kedua" tu...Jangan ulangi kesilapan dulu.

***********************************
Ada sesetengah orang...Dia inginkan sesuatu tapi dia kurang berusaha...Bagi dia jika dah ditakdirkan untuknya..Akan jadi milik dia jugak...Jadi tak perlu susah payah kan diri..Biar lah takdir menentukan...
Dan kadang kala, dia dapat apa yang dia nak walaupun dia x usaha sgt pun...Sangat bertuah, tapi jangan sampai buta...bagi dia, kalau dah dapat, tak jaga pun akan kekal jugak dgn dia sbb dah takdir...jangan terlalu bersifat senang..Apa yang diberi tu hanya pinjaman..tak kan kekal lama kalau tak dijaga...Harap2 orang jenis ni faham dan lebih menghargai kebertuahan diri dia...
Sbb kadang kala orang macam dia, tak dapat apa yang dia inginkan..tu mungkin sebab dia tak usaha untuk dapatkan nya...tapi InsyaAllah, ada sesuatu yang telah ditakdirkan untuknya...Cuma orang macam ni hidup dia kosong, tak de kehidupan...huhuhuhu...
*************************************
Ada sesetengah orang... Dia inginkan sesuatu yang baik...Dia berusaha dan memohon dari Tuhannya jugak...Tapi malangnya, cara dia mendapatkannya tak berapa baik...Macam yang dikatakan tokoh2 agama.."Matlamat tidak menghalalkan cara"...
Kadang2 orang macam ni dapat apa yang dia nak, tapi cara dia dapatkannya turut melukakan orang di sekeliling...Akhirnya dia akan lebih tersisih... harap2 orang macam ni sedar akan kesilapannya, dan memperbaiki semula apa yang dilakukan...
Kadang2 orang macam ni xdapat apa yang dia nak malah dia dijauhi teman sekeliling kerana perbuatannya...Dia mula menyalahkan takdir dan tidak memunasabah diri..akhirnya dia tenggelam dalam kekhilafan nya... Andainya dia sedar bila orang lain menjauhi dia, dia munasabah diri.."kenapa orang menjauhi aku'..InsyaAllah, dia akan mula sedar dan memperbaiki kesilapannya...
Yang penting dekatilah Yang Maha Penyayang...Agar diberi peluang untuk berubah...
****************************
Ada macam2 orang...Nanti lah aku ulas lagi...Ini berdasarkan pemerhatian aku, bukan lah fakta....Boleh ulas lagi jika ada yang ingin berkongsi...

Tq..Selamat Berbuka..hehehehe...




0 comments:

Post a Comment