Coke And Sundae
Time aku tgh search novel2 yang best, aku terjumpa lah novel ni...jalan cerita dia agak menarik dan spontan, xdelah ikut bahasa standard jer...huhu..tp disebabkan aku ni tgh bajet duit, terpaksalah kumpul siket2 untuk beli... try ler baca sipnosis dia..bestt....Tadi baru jer tempah buku ni..yahoooo...
Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
p/s: tp kalu betul2 lah campur coke dgn aiskrim sundae , aku rasa boleh tahan kut rase dia , macam kita makan aiskrim soda tu..letak aiskrim seketul...(~_~) huhuhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
raienazis: nak pinjam leh..hehe
Eh, minat novel ker ...hahaha... Ada kat bilik..nanti mai ler amik...
mcm best je kak. after! hehe
boleh...buku tu ada je kt bilik...dah abih baca..hehehehe
Post a Comment