1s day of syawal...

Tuesday, August 30, 2011

| | | 0 comments
Assalamualaikum...
.
Hari ni 1 syawal, hari pertama kita dah boleh makan diwaktu siang..(erkkk, pikir makan aja ka budak nih..huhu)... Ape pun, Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin...hehe


Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah mengucap
Hati kadang salah menduga
Andai tangan tak kuasa menjabat
Setidaknya kata masih dapat terungkap
 
Setulus hati mengucapkan
Selamat Idul Fitri, Mohon maaf lahir & batin...





(Credit to google images)

Puasa 6 selepas raya....

Saturday, August 27, 2011

| | | 0 comments
Assalamualaikum...Per kabar semua..hehehehe...Sekarang ni aku kat kampung..jadi free lah jugak nak mengupdate blog...

Hari ni nak kongsi siket terutama buat kaum hawa...hehehe...Alkisah puasa 6 selepas hari raya...

************************

Tengahari tadi, aku tengok cite tanyalah Uztazah di TV9, ada lah seorang penonton bertanyakan soklan tentang puasa 6...nak puasa sunat dulu ke nak qada puasa dulu...Ermm, menarik betul bab ni, jadi aku pun fukos lah..(erkkk, selalu pun aku fokus gak, tp kat tempat aku blajar mana ade TV, jd cam ne nak fokus kan..hehehehe..)

Menurut Ustazah Asni Mansor, ada 3 cara untuk puasa 6 dan puasa qada..:
 
1) Puasa qada dulu( wajib) , baru puasa sunat ( paling afdal lah...sebabnya dahulukan yang wajib baru buat yang sunat)...
 
2) Puasa sunat 6 hari dulu baru puasa qada (boleh jugak, sebab syawal sebulan jer...qada ada setahun lagi..)
 
3) Niat qada puasa serta sunat sekali gus..( yang ni lebih mudah dan lebih senang)...TAPI..puasa yang boleh gabung hanya untuk puasa sunat dan wajib..Tak boleh puasa wajib gabung dengan puasa wajib ( contohnya puasa qada dan puasa sebab nazar...Yang tu kena asing...dan juga untuk yang sengaja tidak berpuasa di bulan Ramadhan)..
 
psttt: Aku pilih yang ketiga...hehehehe...
 

Ada sesetengah orang...

Friday, August 5, 2011

| | | 0 comments
Post kedua untuk hari ini...hehehehe..
********************************
Ada sesetengah orang....jika dia mahukan sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat... Tak kiralah dugaan macam mana pun, dia akan usahakan...Disamping tu, dia juga berserah pada Tuhannya..jika benar itu rezekinya....Akhirnya dia redha setelah dia dah cuba sedaya upaya...Dan dia terima apa saja dengan gembira...
Jenis orang macam ini insyaAllah, Allah akan berikan yang terbaik untuk dia...Walaupun bukan yang dia inginkan, tapi ape pun yang Allah beri melebihi apa yang dia sangka...Subhanallah, bahagianya orang ni..

********************************

Ada sesetengah orang... Dia inginkan sesuatu..Dia juga berusaha,berdoa...Harapkan yang terbaik... Satu hari usaha dia tercapai, dia gembira dan besyukur..Malangnya,  dia tak jaga apa yang diberi dengan baik...Kemudiaannya dia kehilangannya...Baru lah dia bersedih menyesalinya...
Jenis orang macam ni, tidak tahu menghargai apa yang dia dapat sehinggalah dia kehilangannya, baru dia sedar akan kesilapan nya..dan aku harap orang ni sedar dan akan lebih menghargai apa yang dia ada...Mudah mudahan dia akan jadi lebih baik...tapi " kadang2 manusia tidak akan tahu kepentingan sesuatu hingga hari dia kehilangannya" macam tu sifat  sesetengah manusia kan...
kadang2 Allah bagi peluang kedua, jadi kita kena hargai "peluang kedua" tu...Jangan ulangi kesilapan dulu.

***********************************
Ada sesetengah orang...Dia inginkan sesuatu tapi dia kurang berusaha...Bagi dia jika dah ditakdirkan untuknya..Akan jadi milik dia jugak...Jadi tak perlu susah payah kan diri..Biar lah takdir menentukan...
Dan kadang kala, dia dapat apa yang dia nak walaupun dia x usaha sgt pun...Sangat bertuah, tapi jangan sampai buta...bagi dia, kalau dah dapat, tak jaga pun akan kekal jugak dgn dia sbb dah takdir...jangan terlalu bersifat senang..Apa yang diberi tu hanya pinjaman..tak kan kekal lama kalau tak dijaga...Harap2 orang jenis ni faham dan lebih menghargai kebertuahan diri dia...
Sbb kadang kala orang macam dia, tak dapat apa yang dia inginkan..tu mungkin sebab dia tak usaha untuk dapatkan nya...tapi InsyaAllah, ada sesuatu yang telah ditakdirkan untuknya...Cuma orang macam ni hidup dia kosong, tak de kehidupan...huhuhuhu...
*************************************
Ada sesetengah orang... Dia inginkan sesuatu yang baik...Dia berusaha dan memohon dari Tuhannya jugak...Tapi malangnya, cara dia mendapatkannya tak berapa baik...Macam yang dikatakan tokoh2 agama.."Matlamat tidak menghalalkan cara"...
Kadang2 orang macam ni dapat apa yang dia nak, tapi cara dia dapatkannya turut melukakan orang di sekeliling...Akhirnya dia akan lebih tersisih... harap2 orang macam ni sedar akan kesilapannya, dan memperbaiki semula apa yang dilakukan...
Kadang2 orang macam ni xdapat apa yang dia nak malah dia dijauhi teman sekeliling kerana perbuatannya...Dia mula menyalahkan takdir dan tidak memunasabah diri..akhirnya dia tenggelam dalam kekhilafan nya... Andainya dia sedar bila orang lain menjauhi dia, dia munasabah diri.."kenapa orang menjauhi aku'..InsyaAllah, dia akan mula sedar dan memperbaiki kesilapannya...
Yang penting dekatilah Yang Maha Penyayang...Agar diberi peluang untuk berubah...
****************************
Ada macam2 orang...Nanti lah aku ulas lagi...Ini berdasarkan pemerhatian aku, bukan lah fakta....Boleh ulas lagi jika ada yang ingin berkongsi...

Tq..Selamat Berbuka..hehehehe...




Salam Ramadhan

| | | 0 comments
Asalamualaikum... (^-^)..macam dah dijangka, sebulan sekali baru ada post baru..huhuhu..apepun, bulan ni bulan 8 iaitu bulan kemerdekaan...Dan lebih menggembirakan kaum muslimin, bulan ni bulan ramadhan jugak...
Walaupun dah terlewat untuk bagi ucapannya...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Semoga Iman kita bertambah dalam bulan ni, dan dapat dikekalkan untuk bulan-bulan yang lain...InsyaAllah..
Thank you Iluvislam untuk wallpaper yang cantik ini...hehe
**************************
Hari ni aku rasa nak luahkan ape yang aku fikir sepanjang hari ini...tentang manusia dan laluan hidup..Urm...
Bukan nak berfalsafah...Cuma hari ni aku sedih sikit...jadi aku nak korg sume sedih untuk aku..hehehehe..takdelah...gurau ajer...La Tahzan, Dont be sad okay...

Kita manusia ciptaan Allah ni berbeza-berbeza kelakuan, sifat, laluan hidup, takdir...dan banyak lagi...Tapi Semua manusia yang beriman punya satu tujuaan yang sama...Mendapatkan keredhaan Ilahi..
Macam satu buku yang aku baca ni...

"Hidup hanya untuk mati, dan mati hanya kerana untuk hidup semula"...

Aku rasa kita yang beragama islam ni tahu "kematian kita didunia ni hanyalah satu permulaan kehidupan yang kekal abadi"...Tapi, bukan nak suruh korg semua tinggalkan kehidupan dunia terus..semua kena seimbang... Ibarat " Kejarlah dunia seperti kita akan hidup selamanya, dan kejarlah akhirat seperti kita akan mati esoknya"...Semua kiasan, ibarat2 ni ada maksud terdalam..Harap2, korg semua paham..huhuhu...

***********************

Apepun, semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang beriman...Tunggu next post yer...nak post benda len sebenarnya, tp tertaip plak yang ni...hahahaha...



Hakikatnya Manusia Berubah

Sunday, July 17, 2011

| | | 0 comments
Asalamualaikum...Lama tak berblog, sebulan skali je aku taip post baru..ish3..Banyak benda nak cite tp malas nak menaip...

**************************
...Tapi...
Hari ni terasa nak kongsi sesuatu yang tetiba muncul dalam kelapa..Ehh silap..kepala aku ni ha....kui kui kui

Tentang seseorang dan tentang aku...Pergghhh..Bedebar2 lah pulok..
hahahaha...Opppsss...bukan kisah cinta yaaa anak2...hehe


Mengenai seorang kawan, yang nampaknya dalam bulan ni agak berbeza penampilannya or karakternya la...

Dulu, dia dikatakan seorang yang agak tidak menyenangkan kawan2 yang lain...mungkin sifatnya yang "begitu" ...Psst: itu rahsia, xleh ckp...hehehe..Sampai kawan2 aku yang lain ni (termasuk aku kut), menjauhi dia ( bukan meminggirkan dia, tp seboleh2nya cuba untuk kurangkan interaksi dgn dia sbb bila ada interaksi, akan ada yang tidak puas hati..ermm)...Mungkin korg rasa tak patut apa yg kami buat ni...tp klu korg dkt dgn dia, tahu "sifat" dia, korg pun setuju agaknya... 

"Maaf kawanku, bukan memburukkan cuma itu lah yang sebenarnya berlaku"

Tapi...Sejak dua menjak ni kan... Ada perbezaan sedikit...Dia agak lain pada sesetengah perkara...
(Atau mungkin dia merasa "terpinggir"???, jadi dia cuba rapatkan kembali jurang??..tapi salahkah dia merasa begitu?..)...ermm.. aku pun tak tahu...
Cuma..
 Bila aku fikir sejenak (mula menganalisa), Entah kenapa aku rasa bersalah sangat...Dalam diam, rupa-rupanya aku ( dan mungkin sesetengah kawan aku yang lain) ada juga buat salah pada dia...Dan rupa-rupanya, ada juga kebaikan dia pada aku, yang aku tak nilai..mungkin sebab keburukan dia lebih banyak menutupi kebaikan dia...Ermmm... 

Mungkin sukar untuk aku percaya, tapi...
HAKIKATNYA MANUSIA BERUBAH

Manusia ni bermacam2 kan...Kita sangka kita dah cukup baik, tapi ape plak org lain kata tentang kita???!!.urmm...Kalau nak bagi semua orang puas hati dengan kita mmg boleh jadi gila lah...Tapi ape yang perlu untuk semua orang gembira??..Amat susah untuk itu berlaku...Setiap manusia mempunyai pemikiran dan hati masing2 yang berbeza...jadi mustahil untuk kita gembirakan semua pihak sekaligus...

Cuma... Kita boleh mgubah apa yang kita rasa kita perlu ubah, sebab tak ada yang kekal melainkan Dia...dan Salah satu permulaan untuk satu perubahan yang baik adalah memaafkan kesalahan org lain...

"Orang yang buruk perangainya, tak semestinya buruk selamanya...dan orang yang baik perangainya, tak semestinya baik selamanya..."

"Anda rasa anda seorang yang baik???!!, fikir semula"...ermmm...

************************

Aku sedar aku ni bukan baik sangat..Kita semua banyak kelemahan sebenarnya...Mengharapkan kemaafan dari kelemahan kita ni, tapi sukar memaafkan kelemahan orang lain...
Jadi, patutkah aku rasa kelemahan aku patut dimaafkan sedangkan kelemahan orang lain aku sukar nak maafkan...( Tidak adil rasanya kan..)..huhuhuhuhu...

Bila seseorang mahu berubah kearah yang lebih baik, kita sepatutnya rasa gembira untuk dia..bukannya mempertikaikan kenapa dia nak berubah, atau boleh ke dia berubah??!!...Arrgghhh...teruk jugak aku ni kan...(Urmm, itu yang aku pikir, dan itu yang menginsafkan aku...aku pun tak sempurna untuk menyalahkan ketidaksempurnaan orang lain...)



Maafkan aku...

Serba Serbi..adoyai

Thursday, June 23, 2011

| | | 0 comments
Asalamualaikum...per kabar semua..hehehe...Lama tak tulis blog..sejak dua menjak ni sibuk siket.... 

Beberapa hari lepas aku menghantar borang untuk tukar status..dan akhirnya aku dah jadi PART TIME student...urmmmm...bila lah nak abih blajar nih...huhuhu..(haipp, x baik merungut..kui kui kui)..

Nak cite pasal tempat aku keje sekarang ni...Dulu, masa mula2 masuk keje tu, nerd jer asa...sekarang ni dah pandai datang lewat gi keje...adoyai...apo nak jadi lah dengan budak ni..hu hu...

(Ehem2, bukan nk pi keje lewat, bangun awai dah, cuma tertido balik ajer..hak hak hak...opsss..klu bos baca ni, mampuih aku...hehehe...)
 So far, hidup aku sekarang ni okay, masalah mmg sentiasa datang...yg beza nya cara atasi tu yang penting kan...hehe...

Rutin harianku,bangun 6.15 pagi, solat subuh..pastu iron baju..klu ngantuk, curi tido jap( sempat lagi tu..kui kui kui)... pukul 8 pagi masuk keje sampai kul 1 ptg....pastu pegi masjid, solat zohor (bjemaah klu sempat)...pastu klu lapar singgah PAK LAH jap beli air, pastu gerak ke LAB...wat2 keje lab sampai kul 5 ptg atau lebih...pastu balik bilik solat asar, klu lewat tunggu maghrib dulu...pastu aku dan rumate (kadang2 dgn cik ermi, cik syg, cik rini) kuar "jejalan cari makan"...pastu balik...kul 12 aku pun tido..Esok nya rutin aku pun bermula...huhuhu....Lama2 aku pun nek borink..adoyai...

Lupa lak...Masa aku keje tu, adalah kena meng"key-in" kan data pelajar...Ramai jugak pelajar yang hebat2,  aktif sukan lg tu...Dalam tengah2 duk taip, sempat lagi aku meng scan mana2 jejaka yang comei2, bijak dan akif...hehehehe..mana tau leh ngorat....( alamak, cam perigi cari timba plak...hadoyai..)..Tapi ramai yg adik2...x jadi nak ngorat..hahahaha..ngek tui budak ni...

Satu lagi, kt tempat keje aku tu, tiap2 hari aku tgk cite P.Ramlee kat astro...Anak Bapak, Nujum Pak belalang, Bujang Lapok, Do Re Mi, Madu Tiga, Ahmad albab...Berapa kali astro duk ulang...Sampai dah boleh hapai dialog dia...(ish3..kesiannn...)


Beberapa hari ni aku xde selera nak makan... Teringat kat umah ( baru sebulan lebih x balik)...Rindunya kat umah..bila lah aku nak cuti balik kampung ni ( supervisor  aku x bg cuti lama..huhu)...Anak buah aku firdaus tu pun dah makin sihat, makin tembam..kekekeke...uhuhuhu..nak balik, nakkkkk balikkkkkk.....(T-T)

Projek aku plak, dah berapa kali ulang...huhuhu...Sekarang ni duk sibuk siapkan proposal untuk mosti esciencefund..pastu semalam ada tambahan keje dari supervisor, nak kena buat review paper...
banyakkkk nyerrr kejeeee...urmmm..(aku dengar2 supervisor aku nak cuti sebulan????..biaq betuiii...)

Bila aku nak boleh keje niee...Kawan2 aku sume dah kawin beranak pinak dah..aku ni duk blajaq tak abih2 lagi...Bila plak la turn aku...(Calon pun xdak, berangan ja lebih..kui kui kui..)opsss...
huhuhu...

Sebenarnya, banyak alkisah yang aku nak cite, tapi bila nak menaip je, aku pun lupa..merapu ja lebih..erkk..len kali aku update lg eh... Tata...




Hobi sampingan...

Thursday, May 26, 2011

| | | 0 comments
Assalamualaikum.... :)

Ape nak buat klu bosan??!!..
Tido?..aku rasa kebanyakkan mesti pilih ni...ke aku jer yg minat tido..kekekeke...

Baca buku?.. ni mesti geng2 ulat buku, atau ulat novel..hehehe...klu nak baca buku pun, aku baca novel je kut...buku2 ilmiah ni kurang siket...ish3..cam ne nak tambah ilmu ni...(ermm, cari suami yang berilmu..nanti leh la ajar aku...boleh tak cam tu????...opss...Mau kena ketuk kepala kalau jawab cam tu depan mak ayah...hahahahaha...)...Aku minat buku motivasi gak..tp kena tgk sape yang tulis lah...(tu len post aku cite k..)

Main game?..Huisshh, ni kaum lelaki minat sungguh...aku siket2 je..(padahal men game fesbuk dulu tu sampai tak ingat dunia...kuang kuang kuang)...Ehem2..tobat dah, x men dah game2 fesbuk...hehehe...

Tgk movie?...ni pun ramai gak minat...tp ikut bujet lah klu nak tgk wayang...ala, sekarang ni boleh download ja...JIMATTTT..hehehehe

Dan banyak lagi hobi2 biasa yang kita suka wat time bosan...

Tapi... Ni nak cite hobi terbaru aku..kekeke..jd petani..PETANI????...kah kah kah..takdelah sampai bertani, tanam pokok kacang jer pun..huhuhu...
Ape yang special????....ERMM..yang special nya pokok ni ada perkataan ...Boleh dibuat hadiah kepada kawan2..EHEM2 (buah ati la tu)..family...Jarang kan org bg hadiah pokok..nampak lain siket...tul tak...


Alkisahnya..satu hari tu aku jejalan dgn kak sya di Jusco Bukit Indah...Tetiba ternampak kiosk jual pokok hiasan...Saja2 la pegi menyemak kat kiosk tu...Pastu promoter dia pun dengan bersemangatnya mempromosi barang dia...Menarik lah jgk tgk pokok ada perkataan...Bila tgk pokok tu, aku teringat kat sorg ni..nak beli untuk dia..( beli ke tidak, beli ke tidak???...itu lah yg aku duk pikir time tu)...Tapi aku tak beli, sbb aku pikir tak de sebab aku nak beli untuk dia..URMM..dengan kesedihan aku pun blah dr situ...

Pusing punya pusing, aku patah balik kedai tu...Kepala tak leh duk diam..asyik teringat ja..Jadi akhirnya aku pun beli lah satu..Ingat nak beli doraemon, tp kaler dia tak cantik plak..Jd beli adik doraemon..hehehe...(jadi lah tu...)

Sampai je bilik, terus buka...dan mulakan operasi menanam...
Hari Pertama...Tak sabar2 nak tgk daun tumbuh..hehe
Hari ke-3...Kulit luar dia dah terbelah siket..weeee..
Hari ke-4...dah makin besar...dah nampak akar..yahuuu
Hari ke-6..Yeye..dah kuar dari kulit..
Hari ke-7... Dah terbelah..nampak tak daun dia...halus lg..siram banyak2..hehehe
Hari ke-8..Wahhh, dah makin tinggi...
Hari ke-9...Tgk, daun dia dah tegak ke atas...
Hari ke 10...Daunnya sudah kembang...time ni letak bawah matahari...
Hari ke 11..Inilah hasilnya...sihat pokok aku ni..hehehehe...well, kat dikotiledon dia tu ada tulisan...



"I LOVE YOU"...ni ler tulisan kat kacang tu...Urm..tp I LOVE who???...
Mesti lah parent, n family first (padahal, bila beli tingat org len..) ..Urm...ada sape2 lg ke nk disayangi oleh aku????...urm...huhuhuhu...Sedih plak...

 Di sebabkan pokok ni makin membesar, terpaksalah pindah ke pasu lebih besar...hehehe...Makin sihat pokok kesayangan aku tu..kekekeke...ERMMMM...boleh wat sayur goreng tak???...

p/s: Harga dia tak lah mahal sangat..Gi HOT MARKET kat angsana tu..5 biji RM 2...Pasu doraemon tu aku beli 10 ringgit.Dalam tu dah disediakan biji benih..leh pilih nak perkataan ape.....tp klu beli kat kedai besa2 tu lagi murah kut...Sesuai utk dihadiahkan pada yang tersayang...Ok..setakat itu aje...Jumpa lagi di lain post...heheheh