Demam Kuning...Jaundis

Tuesday, May 3, 2011

| | |
Asalamualaikum...

Lama gile tak tulis blog...nak kata sibuk, free je aku ni...hahahaha..nampak sangat malas...Minggu lepas aku balik kampung....amik cuti suka2 selama seminggu...maklumlah, kakak aku baru bersalin..weeeeeeee, akhirnya selama bertahun2 menunggu, dapat jugak anak buah...

Selama aku bercuti ni, sangat lah sibuk jd baby sitter...mana tak nya,kena jaga 2 org budak yang teramat aktif...adoyai, penat giler...macam ni kut rasanya bila jaga anak sendiri nanti...huhuhuhu...tapi takpe, aku memang suka layan karenah budak2 ni walaupun penat...paling tidak pun, dapat buat aku lupa pada segala masalah aku ..hehehe
Yg besar tu, izwan..setahun lebih dah, yg kecik tu, adam..enam bulan lebih..ni le 2 budak yg aktif..alahai, baru 2 hari x jumpa..rindu lah pulak...

adam

Berbalik kepada anak buah aku plak yer..Aritu aku cari nama2 budak yang best2, beria2 betul, last2 kakak aku buh simple2 jer...tapi tak palah, sedap gak nama dia..hehehe... Muhammad Firdaus...Urm...tapi kesian kat anak buah aku ni, kena demam kuning..atau nama klinikalnya "jaundis"....dah dekat 2 minggu masih belum baik...
Muhammad Firdaus

Aritu duk dalam istana kaca, baru sehari duk dalam tu (turun lah siket) pastu DR yang periksa anak buah aku suh bawa balik katanya dah OK....balik2 tu, naik pulak...kena ulang alik g klinik kesihatan.. masih jugak naik...(ape yg nek turun tu??...urm, kandungan bilirubin dalam darah...kt bawah tu ada cite pasal penyakit ni)... last2 DR suh pi hospital pulak...adehh, DR ni myusahkan org tul lah..bukannya dekat spital ngan umah...kenapa lah tak tahan budak tu lama siket, 2 3 hari...Dah lah tu, time nak check, nurse kelinik kesihatan tu cucuk pakai jarum, sebab nak amik darah (cara dulu2) ...sekarang kan kat spital dorg guna ketip2 tu ja...Sampai lebam2 kaki dia..ciannn anak buah aku...huhuu...
Hari last aku kat umah, nak balik ke Jhr..cuti da abeh maa..huhu..mak aku dan cucunya..hehe
Nenek budak tu (mak aku lah tu..kui kui) dah try macam2 rawatan tradisional sbb nak ubatkan anak buah aku...guna lidah buaya lah, daun kucai lah, sengkuang cina, bunga "yellow trumpet"  pun ada...erm, tp masih tak baik juga...Abah budak tu plak, beli ubat tradisional cine...pun, x berubah jugak...

Mak Lang dia plak (aku lah tuh..hehehe), sayang punya pasal..cari lah maklumat kat tenet pasal pyakit ni dan cara rawatan...Rupa-rupanya, penyakit ni selalu terjadi kat bayi2 baru lahir, 

Aku pun dulu penah kena jugak..Mak aku lah cakap..hehehe..merasa jgk duk dalam istana kaca  ...kuang kuang kuang...


Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.~babycenter

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
~ mybengkung

Normally budak yang ada jaundis ni akan dirawat diberi rawatan di bawah sinar cahaya atau rawatan fototerapi untuk beberapa hari....
 
Bila aku baca pasal jaundis ni, baru aku tau sebenarnya panyakit ni bahaya jugak kalau x dirawat dengan betul...Kalau tahap bilirubin ni makin tinggi, masalah len plak akan timbul..

Bayi perlu diberi rawatan di hospital secepat mungkin apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi. Apa yang penting ia boleh mengelak terjadinya kenicterus.

Kenicterus yang asalnya daripada dua perkataan Greek adalah nama yang diberikan kepada kerosakan otak akibat bilirubin yang berlebihan dan melekat di otak. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya, paras jaundis bayi adalah rendah kerana ia tidak begitu membahayakan. ~pmr

 Selain tu, pendengaran bayi pun boleh terjejas..Jadi, jangan pandang ringan penyakit ni...Nak tahu lebih lanjut, tgk lah kat link  yg aku bg tu yer..Apepun yang penting, jangan lupa mohon pada DIA yang lebih berkuasa setelah berusaha...sbb hanya DIA yg mampu myembuhkn segala penyakit...

Oklah..nanti aku cite len..takdak idea dah nak menulis...Selamat Malam

2 comments:

Fidz@EartH said...

salam..
hehe..lama xmengomen dkt sini..akhirnya ada gak post terbaru..sekarang anak buah (firdaus) mcm mn?hrp2 dh pulih sepenuhnya:)..penyakit kuning nie mmg selalu terjadi dkt bayi2 yg baru lahir..cr nk pulihkan penyakit tue..hospital guna phototherapy lamp..lampu yg warna biru tue..yg tue pun sy baiki gak..pastu klu wk nk tau..hospital goverment nie lebih suka klu patient kuar awal drpd duk lama2 sbb rmai yg akan msuk klu hospital swasta terbalik plak tpi terpaksa la menanggung kos mahal..insya.allah nanti baik demam firdaus tue..pastu dh besar nti msti dia kuat hehe:) sama2 kita berdoa yea..dun wory.. :P

AziF_RuNtC said...

wsalam...kakak kata, demam dia belum baik lg..turun siket jer..aritu check darah, kna tggu 2 mggu lg bru dpt kputusan...lampu biru tu macam lampu UV ke, mcm dalam makmal2, guna lampu tu sebb nak sterilize kan biohazard...hehehe..Kalau x bek jugak, DR kata nak tukar darah...

Time kasih awk...InsyaAllah, harap2 dia cepat sembuh..huhuhu..

Post a Comment