Mencari Cinta..014

Monday, March 28, 2011

| | | 2 comments
Asalamualaikum....
Lama tak menulis alkisah hidup aku dan tentang seseorang itu...

Well, malam ni terasa nak meluahkan perasaan tapi takde plak org nak dengar...akhirnya blog ni jugak jd mangsa..kui kui kui...

Persoalan 1:

Ape agaknya korg rasa bila korg suka dekat seseorang tapi korg susah sangat nak mengaku...Korg makin rapat dengan dia tapi masih tak mampu nak luahkan isi hati??!!..Apakah ini perasaan orang yang xnak jadi spt "perigi cari timba"atau mungkin takut dengan jawapan yang bakal diterima??!!...

DI REJECT!!?..Itu lah yang paling menakutkan sekali...huhuhu...

Persoalan 2:
Pernah tak korg mengalami situasi "unknown feeling"...Korg pening dengan perasaan dia??!! Kadang2 dia bagi "hint" yang dia suka korg, tp kadang2 dia spt suka pada org lain...ERM, agak2, nak bagi penumbuk tak kt dia ni... Adoyai...

PLAYBOY!!?? Itu lah yang paling menyakitkan hati...

Persoalan 3:
Bilakah korg rasa korg patut pergi?!!.. Tak layak untuk dia atau dia tak layak untuk korg?!!!...Erm, Dia terlalu jauh untuk aku gapai..Makin hari makin jauh untuk aku kejar...Agak2, aku ni tak layak untuk dia...Dia banyak pilihan, masih mahukah dia dengan aku...terlalu sakit untuk meneruskan perasaan ni...Sudah terlalu lama aku menyukai dia..Mungkin ini masa untuk aku cuba lupakan dia..Dia akan bahagia jika aku pergi..Pasti..huhuhuhu

HIGH TASTE!!?? Itulah yang sukar di cari..Seharusnya aku menyerah kalah...Maafkan aku...

Hati ini telah kau curi...Bagaimana harus aku hidup tanpa hatiku...huhuhu

Mencari Cinta..013

| | | 2 comments
Asalamualaikum...

Alkisah Bulan lepas....Hurm, seseorang dari kehidupan lalu aku hantar mesej kat aku...Pakwe aku yang pertama mesej, dia kata dia nak bertunang raya cina ni... Gembira aku dengar ( Really??!!!...Not sure..Urm..)..Tapi dia nak aku datang time tu...mampu ke aku pergi??...Tak mampu...Biar lah aku tak lihat wajah dia sampai akhir...

Apapun...Today, post ni khas buat insan  ini..(^_^)

Actually, kenapa aku putus dengan dia??!!... Dulu aku selalu tertanya2... Sekarang baru aku faham, rupa rupanya memang dia bukan jodoh aku...Stiil, aku masih sayang kat dia walaupun aku tak penah jumpa dia...

Pernah ke korang bercinta dgn orang yang korang tak penah jumpa...Sekadar suara dan ayat2 manis... Tapi, aku tau dia caring sangat dengan aku...Dia lelaki asing pertama yang aku hormat dan sayang... 

Cuma dulu aku masih muda, masih mentah tentang kehidupan... Rasa sayang aku pada dia bercampur baur..Rasa sayang itu pada seorang kekasih atau pada seorang abang??...(Konfius okay)...sebab aku tak ada abang, dan masa tu aku teringin ada seorang abang..Then he came...

Ayat terakhir aku cakap kat dia masa aku minta putus tu, aku nak jadi adik dia..Cant I???!!..Of course lah tak boleh...Ngokngek lah aku ni...

Actually aku minta putus atas alasan tertentu, untuk kebaikan dia.. Aku belum layak untuk dia... Mungkin gadis itu lebih layak...Lagipun aku bukan pilihan keluarga dia, keluarga dia tak restu aku dgn dia..Atas sebab itu aku kejar cita2 aku bagai nak rak... Untuk jadi lebih baik some day...

Tapi dia kata, perkahwinan tu ditetapkan keluarga, dan dia masih sayang aku...Walaupun dia kawen, dia akan tetap sayang aku..urm...Dia dah bgtau pasal aku dengan dia kat tunang dia...Korang rasa adil tak macam tu?!!..Kenapa aku rasa aku akan jadi orang yang kejam...Aku perempuan juga.. Walaupun tunang dia kata tak ape, mesti lah dia terasa juga...huhuhu... Ya Allah, tak baik betul ape yang aku buat kat kaum aku sendiri... 

Buat kamu yang aku hormati dan sayangi... Jika dia takdirmu, terimalah dia seikhlasnya, jangan lah di lukai hatinya dengan kehadiranku ini... Sungguh aku amat kecewa jika kamu tidak menyintai dia seikhlasnya...Dia lebih berhak dari aku... dan Maaf kan aku jika ia menyakitimu... Semoga berbahagia hingga ke syurga... Aminn...

Takdir yang menentukan, pertemuaan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan, perpisahan
Ditalian cinta ini, terjalin ikatan mesra

Walau hanya seketika, bagiku sungguh bermakna.

Setiap manusia dilahirkan berpasangan, 
Tak usahlah bimbang jika insan yang kau cinta pergi...
Kerna Jika dia benar adalah jodohmu, pasti dia akan kembali... 
Jika dia tidak kembali,
Pasti akan ada yang lebih baik menghampirimu...
 Cintai lah pada yang memberi cinta padamu,
Kelak akan ada cinta yang hadir buatmu,
Hadiah dari Yang Dicintai,

Dah hampir sebulan dia betunang..."Hope awak happy dengan kehidupan baru awak yer..."..Aku disini masih tercari2...Moga ditemui apa yang dicari...



Berita Harian Online | Bumi berubah

Friday, March 25, 2011

| | | 0 comments

Gempa Jepun ubah landskap, diramal cetus Zaman Ais baru

BELUM pun igauan ngeri tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 terhapus sepenuhnya, kita dikejutkan sekali lagi kehadiran bencana yang melumpuhkan Jepun dalam sekelip mata, minggu lalu.
Bermula dengan gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter jam 2.46 petang waktu tempatan, tsunami pula menyerang dengan kelajuan kira-kira 800 kilometer sejam dengan ketinggian ombak mencecah 10 meter. Malah ketika rencana ini ditulis, selain berdepan ancaman gempa susulan, Jepun turut dihimpit krisis mengawal kebocoran radiasinya apabila tahapnya 10 kali ganda lebih tinggi daripada biasa, berikutan impak gempa bumi kategori mega itu. Lebih menyayat hati, harapan menemui mangsa yang terselamat terus pudar dengan angka korban dan mereka yang hilang, lebih 12,000 orang.
Namun, hakikatnya, gempa bumi terbesar di Jepun dan kelima terbesar dalam sejarah dunia itu bukan hanya menambah fakta mengenai bencana tetapi turut mengubah landskap dan perjalanan bumi ini.

Di Jepun saja, gempa itu menyebabkan Kepulauan Honshu, yang juga bahagian paling besar di negara itu, berganjak sehingga 2.4 meter.

Tidak cukup itu, paksi bumi pula menyendeng 25 sentimeter dan mempercepatkan kadar putaran bumi lebih sejuta mikro saat.

Perubahan lain termasuk sejumlah kerak bumi jatuh menjunam ke dalam retakan atau rekahan sepanjang 402 kilometer yang membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik. Impak ini seperti diakui saintis Itali dan Amerika Syarikat sebagai lebih besar berbanding gempa bumi yang melanda Sumatera, sebelum ini.
Pakar fizik di City College of New York di Amerika Syarikat, Michio Kaku, pula melontarkan andaian kemungkinan gempa kuat yang mengubah paksi bumi boleh menjadi punca berlakunya Zaman Ais.

“Impak gempa bumi 9.0 dalam kategori mega itu turut menyebabkan pengagihan semula sejumlah besar kerak bumi, memendekkan hari, selain mengubah paksi bumi dan mempercepatkan pusingan.

“Namun, ketika kepantasan putaran bumi dijangka tidak memberi kesan jangka sederhana atau panjang, perubahan paksi mungkin ada impaknya, termasuk menjadi punca pembentukan Zaman Ais.

“Masih ada perdebatan saintifik mengenai apa yang menyebabkan zaman itu tetapi teori utama ialah gangguan kecil pada paksi bumi ketika ia mengelilingi matahari. Perubahan kecil ini yang menggoyangkan paksi dan mungkin menyebabkan Zaman Ais,” kata Kaku yang dipetik media antarabangsa, baru-baru ini.

Zaman Ais atau tempoh glasier ini berlaku secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun. Pada zaman Ais, lapisan ais terbentuk di sebahagian besar benua atau muka bumi ini dan biarpun punca sebenar perubahan dunia itu tidak diketahui, ada saintis yang mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.

Selain itu, pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, pula berkata, perubahan yang menyebabkan putaran bumi pada kadar 1.8 juta setiap saat atau 1.8 mikrosaat, adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

Saintis Britain, Bethan Harris, sebaliknya menyifatkan impak itu sememangnya ada tetapi amat minimum.

“Ia kedengaran banyak tetapi kecil berbanding saiz bumi. Perubahan satu darjah paksi bumi bermakna ia bergerak kira-kira 110 kilometer.

“Bagaimanapun, ia tidak berhenti di situ. Bentuk muka bumi Jepun bergerak sebanyak empat meter. Selepas gempa bumi itu, berkemungkinan hari yang kita lalui 1.8 juta sesaat lebih pendek disebabkan perubahan itu.

“Kita dapat melihat perubahan itu dalam purata panjang hari disebabkan perubahan lain di bumi dan atmosfera,” katanya.

Seorang lagi pakar geofizik Barat, Richard Gross, pula berkata paksi Bumi tidak sama dengan paksi utara-selatan di ruang angkasa yang berputar sekali sehari pada kelajuan kira-kira 1,604 kilometer sejam.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama gempa bumi besar mengubah tempoh sehari bumi iaitu 24 jam. Malah ia semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter di Chile tahun lalu turut meningkatkan putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikrosaat manakala gempa bumi 9.1 pada skala Richter di Sumatera pada tahun 2004 memendekkan hari kepada 6.8 mikrosaat.

Apa yang membimbangkan, ada kalangan saintis ini turut mendakwa impak gempa bumi di Jepun itu mungkin belum lengkap sepenuhnya kerana gegaran susulan yang lemah turut berupaya mengubah panjang hari. Sekurang-kurangnya 20 gegaran susulan berukuran antara 6.0 pada skala Richter atau lebih dilaporkan berlaku.

Pakar gempa bumi Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat, Dr Daniel McNamara, juga memberi amaran gegaran itu menenggelamkan paras bentuk muka bumi Jepun dan menjadikan sebahagian negara itu kekal di bawah paras laut.

Lima bandar zon gempa

Gempa bumi Jepun minggu lalu turut mendedahkan risiko yang boleh dialami bandar berpenduduk padat terutama di kawasan berisiko tinggi seperti di sepanjang garisan gelinciran.

Berikut lima bandar raya paling berisiko dilanda musibah dahsyat disebabkan kedudukannya yang mana tiga daripadanya di Amerika Syarikat.



  • Tokyo, Jepun
    Wujud betul-betul di persimpangan tiga plat tektonik iatu Plat Amerika Utara, Plat Filipina dan Plat Pasifik. Sejarah panjang ibu negara Jepun itu dan biasa dilanda gempa bumi mendorong bandar raya berkenaan membina perlindungan tektonik ke paras maksimum. Ia juga dikatakan bandar raya paling bersedia di dunia untuk berdepan musibah gempa bumi.




  • Istanbul, Turki
    Gelinciran Anatolian Utara adalah terpanjang di dunia tetapi bandar raya yang menempatkan prasarana lama dan moden itu mendedahkan 13 juta penduduknya dalam risiko tinggi.

    Gegaran berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda Izmit, 101 kilometer dari Istanbul pada 1999 menjadikan bangunan abad ke-20 yang selalunya dibina dengan konkrit bercampur air masin selain tidak menghiraukan kod bangunan, rebah menyembah bumi yang meragut kira-kira 18,000 nyawa.




  • Seattle, Amerika Syarikat
    Berdepan ancaman gempa bumi besar dan letusan gunung berapi Rainier. Ia terletak di atas sempadan tektonik aktif di sepanjang Plat Amerika Utara, Plat Pasifik dan Plat Juan de Fuca. Pemandangan menakjubkan Gunung Rainier sekadar memberi peringatan yang ia adalah gunung berapi ‘tidur’ atau senyap yang boleh mengatasi Gunung St Helen pada bila-bila masa.




  • Los Angeles, Amerika Syarikat
    Sejak lebih 700 tahun lalu, gempa bumi kuat melanda wilayah berkenaan setiap 45 hingga 144 tahun. Gempa bumi besar terakhir berukuran 7.9 pada skala Richter berlaku 153 tahun lalu. Dalam erti kata lain, Los Angeles cuma menanti masa untuk digegarkan dengan satu lagi gempa besar. Gempa bumi seterusnya akan memberi impak buruk, termasuk memberi kesan kepada keseluruhan California Selatan yang didiami penduduk sekitar 37 juta. Bencana alam besar boleh membunuh antara 2,000 dan 50,000 penduduk dan menyebabkan kemusnahan bernilai berbilion dolar.




  • San Francisco, Amerika
    Mempunyai cuma 800,000 penduduk, San Francisco ialah satu lagi bandar raya besar di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat yang boleh musnah akibat gempa bumi dan tsunami besar. Ia terletak berhampiran bahagian utara Gelinciran San Andreas. Ada beberapa gelinciran kecil yang terletak di seluruh bandar raya itu, meningkatkan kemungkinan gempa bumi dahsyat akan berlaku.

    INFO: Definisi




  • Gempa bumi: Fenomena gegaran bumi yang berlaku akibat gerakan bumi yang mengalami gelinciran di garis sesaran bumi ataupun disebabkan oleh aktiviti gunung berapi.




  • Tsunami: Perkataan Jepun bermaksud ‘ombak pelabuhan.’ Ia adalah satu fenomena ombak besar yang melanda pantai disebabkan kejadian gempa bumi di dasar laut. Aktiviti di dasar laut seperti tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan serta hentaman bahan kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami.

  • Trip to KL-SA-K...

    Thursday, March 17, 2011

    | | | 2 comments
    Asalamualaikum...

    Lama tak tulis blog..Hujung minggu aritu teman Kak Sya pergi kenduri kawen kawan dia kat kuantan...Pegi ramai2 dengan kawan2 Kak Sya yang lain, tempat kumpul kat UPM..So, kitorg balik kejap umah Kak Sya...berfoya2 dulu sebelum ahad (kenduri ari ahad)...kikikiki.....

    Paling best dapat masuk "i-city" kt shah alam... teringin sangat nak pegi sana...memang tempat tu cantik dengan kilauan cahaya yang berwarna warni..weeee...seronok betul tgk keindahan tu...

    Tapi..huhuhuhu...tetiba mood hilang bila x dapat snap gambar yang cantik...Aduhai kamera ku, kenapa lah kau bukan Nikon D90..huhuhu...Sedih sebentar tgk kebanyakkan org ambil gambar guna kamere DSLR tu... Bila lah agaknya aku nak ada satu..huhuhuhu..Nak tunggu hantaran, laammmmmbaaatttt lg  kut...lgpun, ade ke org nak bagi...ish3..(~_~!)!!...









    Gambar x cantik..huhuhu...kecewaaa gilerrr...urmmm...

    Lagi satu, teringin nak masuk SnowWalk tu, tapi entry dia mahal sangat, tak mampu kutt...dah tu nak kena sewa baju sejuk, kasut butt dan mcm2 lg la, sebab dalam tu sejuk beku...RM 25 utk dewasa ( bagi org cam aku dah tersangat mahal...huuuu)..sedih (T_T)...
    Akhirnya kitorg kuar dari situ, pegi minum jap sebelum berangkat pulang ke rumah Kak Sya...

    Psst: Dalam perjalan pegi KL tu, dapat berita gempar pasal gempa bumi, tsunami dan letupan nuklear kat jepun tu...Kesiannyer orang2 kt tempat kejadian...Tertanya2 jugak, adakah itu kesan Lunar Perigee tu..Urm, Allahu'alam.

    Adakah Ini Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    Friday, March 11, 2011

    | | | 0 comments
    Mungkin ramai antara kita pernah bercinta, merasai asyiknya cinta itu dan tenggelam di dalam kemabukannya.Malah Syed Qutb, Abu talhah serta Hasan Al-Basri pernah menyintai seorang perempuan sebelum pernikahan mereka.Malah Khadijah mempunyai rasa suka kepada Rasulullah sebelum peminangan beliau pada baginda.

    Dan sungguh cinta itu tidak pernah salah. Malah ia memberi cahaya kehidupan dan harapan yang melestarikan nafas yang panjang pada dunia yang mencabar ini.

    Namun diri kita tahu akan kelemahan diri kita. Kita tahu di mana tempatnya kita bakal jatuh,jika kita kurang berhati-hati.

    Seperti itu jugalah kebanyakan wanita, kita amat mudah menyintai dan menyayangi manusia lainnya. Hati kita dipenuhi cinta dan sayang. Terkadang mampu dikawal, terkadang mencengkam dan memakan diri kita sendiri.

    Dan kita tahu di situlah kelemahan kita. Apabila diberikan kepada yang belum haq, kita akan tenggelam dalam keasyikan yang merudum jiwanya. Cinta yang ditakuti takkan sampai ke penghujungnya. Cinta yang mencemari cinta kita kepada Rabb kita. Dan ditakuti kita akan sesat dalam kegelapan akibat cinta yang asyik itu.

    Dan kerana itu cinta ini disimpan rapi, hanya untuk dimiliki yang hak dan berhak sahaja. Bukan kerana kita membenci cinta itu. Bukan menolak mereka yang menyintai kita. Tapi kerana kita tahu di mana titik lemah kita. Dan cinta itu kita simpan sekedapnya, agar siapa sahaja yang kita berikan cinta itu, biarlah cinta itu hanyalah kerana Allah semata-mata.

    ' saya takut kalau saya menyayangi seseorang, orang itu akan lebih menyanyangi saya dari saya menyayangi dia. dan itu pernah berlaku pada saya.'

    padaku ucapan itu mungkin bernada agak perasan, namun aku tahu dari lubuk hatinya, itu merupakan ucapan yang tulus.

    ' tapi saya isteri awak, tentu saya perlu sayang pada awak.'

    'betul, tapi saya takut awak akan rasa kecewa di kemudian hari, jika apa2 yang berlaku pada kita.'

    Suara hati nakalku berkata, 'takpe, saya akan jadikan awak sayang saya lebih dari saya sayang awak, baru awak tahu!'

    Namun aku menjawap,' tak apa, bukankah kita ada Allah. Apapun yang berlaku dalam hidup kita, kita ada Dia untuk kita mengadu akan keadaan itu.'

    Ketika aku menyalami tangannya, aku tenang melihat dirinya pergi. Namun fikiranku tetap memikirkan akan dirinya yang aku temui cuma acap kali sahaja dalam masa beberapa minggu.

    Dan ketika aku pulang ke bandar beku dan sejuk ini, aku teringat suasana hiruk pikuk dan siren ambulans yang berkumandang setiap 10 minit di kota London. Asap dan enjin kereta yang mampat mungkin menjadikan udara di bandar kosmopolitan itu berhawa tinggi dan sering mengundang peluh di bajuku.
    dan tentu kenangan bersama dia takkan dapat aku lupakan.

    dan setiap kali kembali setelah bertemu denganya pasti akan teringatkan perbualan-perbualan yang kami lalui bersama. Pertama kali dalam hidupku, aku begitu dekat dengan jiwa seorang lelaki bergelar suamiku.

    Dan aku tahu di saat itu, aku telah mula menyintai dirinya. Mahu membantu dirinya sepanjang hidupku. Mahu menjadi sayap pejuangnya walaupun mungkin aku dan dia bukanlah pasangan yang sempurna di dunia ini.

    Banyak ujian melanda. Dan sungguh setiap kisah-kisah pasangan baru berkahwin adalah berbeza sekali. namun di sebalik ujian itu, ada kemanisan setiap kali dapat dilepasi cabaran itu
    Adakah dapat aku sembunyikan rahsia hati ini, menjadikan dia lebih menyintai diriku dari diriku menyintainya?

    Namun tentu bukan itu golku dalam perkahwinan ini. Perkahwinan ini adalah ibadah. Cintaku padanya adalah suatu ibadah. Aku menyintainya kerana Allah dan aku berasa amat tenang dengan cinta itu. Cinta yang menjadikan aku sentiasa berhubung dengan Allah di saat susah dan senang menghadapi bahtera rumah tangga ini.

    Satu anggapan yang salah, seorang ukht berkahwin dengan seorang akh untuk mendapatkan kekuatan dari pasangannya. Ya, sebahagiannya betul, namun hakikatnya, ujian kehidupan pasti melanda setiap seorang dari kita. Kerana itu, peribadi kita sendiri perlu kuat. Hubungan kita dengan Allah perlu amat mantap.Terkadang pasangan kitalah yang perlu dibantu, bukan kita yang dibantu.

    Tentu dalam berBM sendiri ada pasang surutnya. Namun yang menyatukan dua hati manusia yang asing ini adalah Allah. Apabila keduanya kembali semula pada Allah dan meminta petunjuk dariNya.

    Dahulu aku takut tenggelam dengan cinta. Cinta sesama akhawat sendiri menyebabkan air mataku kering kerana banjirannya. Namun ketika akad tertahkik, cinta yang kurasai ini, ibarat hujan yang turun secara tenang dan damai, membasahi tanah sahara yang kekontangan. Menyimbahi tumbuhan yang kekeringan. Ia memberi sinar di pagi hari, menyuluh kegelapan di waktu malam.

    Dan aku tidak katakan cintaku pada dakwah, pada Allah, dan pada akhawat berkurang kerana aku menyintai seorang lelaki yang Allah jodohkan buatku. Malah cinta itu bertambah, menolak motivasi dan melimpah ruah.Kerana cinta itu terlalu istimewa. Ia boleh meletakkan jiwa kita di tempat teratas, atau menjadikan kita manusia yang amat hina sekali.

    Aku tak mengatakan cinta itu salah sebelum perkahwinan. Cuma kelemahan aku sendiri, aku pasti, jika cinta itu sebelum terjadinya akad, pasti aku akan menjadi manusia yang hina di sisi Allah.Kerana aku tahu, ketika pintu hatiku terbuka untuk sebuah cinta, limpahannya akan mengairi seluruh lautan yang wujud di muka bumi ini.

    Tentu pernah kita dengar, sesorang wanita sanggup membuat apa sahaja kerana cinta, menyerahkan tubuh, menjual harta, hanya kerana seorang lelaki yang belum menjadi miliknya.

    Dan indahnya cinta itu apabila ianya diberikan buat yang hak. Kerana ia sentiasa diiringi doa dan barakah.Tentu banyak rahsia Allah yang tidak kita ketahui dalam hidup ini. tentu akhir perjalanan kita takkan kita ketahui akhirnya. Namun kita sentiasa perlu positif, meraih yang terbaik dalam hidup kita, dan memaknai setiap kenikmatan dan kebahagiaan yang allah rezekikan untuk kita.

    Alangkah indahnya bila segalanya kerana Allah. Bercinta pun dapat pahala!

    "Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

    Rasulullah bersabda lagi:

    "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita

    Adakah Ini Cinta | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    Alkisah buku...A Doctor in the House: The Memoirs of TDMM...

    Wednesday, March 9, 2011

    | | | 2 comments
    Bulan mac ni bulan menarik kan, banyak berita yang sensasi macam kisah buku ni...

    Opps, sebelum tu, aku tak suka politik okay...Bagi aku politik ni tak bersih... Ada saja konflik kuar media... Tu yang sedia tahu, yang dirahsiakan tu...lagi lah...

    Tapi sepanjang aku dengar, kisah bekas PM kita ni memang paling meriah lah..Bukan yang baik, lebih banyak yang buruk dari yang baik...Mungkin sebab dia sgt lama dalam bidang ni...22 tahun tuu..

    Kadang2, bila dah selalu kita dengar kritikan terhadap seseorang tu, kita pun ikut tak suka...Ish2, tak patut kan...Selagi tak terbukti atas alasan dari semua pihak yang terbabit, kita tak patut membuat kesimpulan sendiri..tapi realitinya semua pun macam tu, termasuk aku..uhuhuhu..

    Tapi lepas beliau tamatkan perkhidmatan, dah tak de gosip2 panas yang melampau...Mungkin sebab bagi sesetengah pihak yang menjadi ketua "huru-hara" ni, Tun M kita ni dah tak da kepentingan bagi dia...tp ok lah tu kan.. But, ape sebenarnya disebalik kisah ini..

    Haaaa, baru2 ni Tun M kita keluarkan buku " A Doctor In The House : The Memoirs Of Tun Dr.Mahathir Mohamad" ...Secara ringkas buku ni ada 62 bab dan 843 mukasurat... Kisah tentang pengalaman beliau sepanjang menjadi PM, segala kisah dalam dan luar yang samaada kita tahu atau sulit...

    Buku ni keluaran MPH Group Publishing (2011) dijual dengan harga RM100..

    Ape yang membuatkan student biasa cam aku tetiba minat nak baca buku ni??...Sebabnya, aku nak tahu kisah sebenar dari kaca mata Tun.M, sebab selama ni aku hanya dengar dari media, cakap2 orang... Cara pemikiran beliau semasa menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri...Cara beliau menghadapi situasi semasa...or mungkin nak thu jahat sgtkah Tun M kita ni seperti yang dia katakan org2di luar..(~_~)

    Hurm..tapi tgk harga dia, tak mampu nak beli..(T-T)nak bayar yuran asrama pun xmampu...  huhuhu...Kalau ada org bagi hadiah buku ni, kan best...hihihi...

    Apepun, Moga tercapai hasrat aku nk dapatkan buku ni..(^_^)

     

    "Lunar perigee" Benarkah?...19 MAC 2011

    | | | 5 comments
    Assalamualaikum...
    Hari ni nak kongsi satu berita...hehehe...19 MAC 2011???...ape yg akan berlaku pada tarikh ni...
    Alkisahnya para saintis dari Amerika Syarikat melaporkan pada tarikh tu, jarak bulan sangat dekat dengan bumi...

    Ni lakaran kedudukan bulan dan bumi ~http://www.irishweatheronline.com/news/supermoon-lunar-perigee-on-march-19.html
    Pada mata kasar, malam tu kita akan nampak bulan 12-14% lebih besar dari biasa...Agak2 kan, Mesti ada para fotograper x sabar menunggu nak tgkap gambar..
    Gambaran saiz bulan yang bakal kelihatan 19 MAC ni ~http://www.irishweatheronline.com/news/supermoon-lunar-perigee-on-march-19.html
    Menurut cerita, sejak tahun 1993 (18 tahun lepas) bulan akan berada dalam jarak yang dekat dengan bumi..Fenomena ni dipanggil "Lunar perigee"..ada juga astrologi macam Richard Nolle gelarkan situasi ni sebagai "supermoon" ~ planetsave~

    Tapi tahukah anda..cewahh..cam trivia plak...

    Sebenarnya kejadian tu bakal mencetuskan implikasi buruk pada iklim bumi...Dengar2 akan berlaku bencana alam kat bumi disebabkan perubahan pola iklim dibumi ..

    "Some astronomers are predicting that the Lunar Perigee event coinciding with a Full Mean will affect climate patterns on Earth. Others have linked the event it with disasters, like earthquakes and volcanos. They pointed to storms New England in 1938, the disaster of Cyclone Tracy in 1974 and Hurricane Katrina in 2005, which were all associated with SuperMoon."~ irishweatheronline~

    Benarkah????...Takut jugak dengar...Maklumlah lepas kes tsunami, gempa bumi, letusan gunung berapi, sekarang dilaporkan akan ada bencana lg... Bila pikir2, agaknya waktu yang kita sbg umat islam tunggu2 tu semakin hampir dengan kita...Sudah bersediakah kita hadapi...huhuhuhu...Dah cukup kah amalan aku, mampu ka aku tanggung siksaan balasan dosa aku selama aku hidup...Ya Allah, takutnyaaa....(~_~)

    Tapi, menurut kata Pete Wheeler dari International Centre for Radio Astronomy ;

    "there will be no earthquake or volcano eruption. If indeed that happens, it is predestined...At that time, the Earth does go through a higher tide, and a lower ebb than usual. There’s nothing to worry about."

    Ringkasnya Mr. Pete ni kata, takkan berlaku bencana cuma air pasang dan surut lebih dari biasa...

    Lebih kurang sama dengan kenyataan Dr Victor Gostin dari Scientists and Planet Earth from Adelaide University ;

    "Weather prediction, earthquake, volcano eruption, and other natural disasters on the basis of planetary configurations, never succeed....However, it is possible there is a correlation between large-scale earthquake near the equator and the Moon – new time, or full moon..This is because the Earth-tides (analogous to ocean tides) may be the final trigger that sets off the earthquake."

    Urm...ape pun...Allahu'alam...Hanya Allah yang mengetahui apa yg tidak kita ketahui...
    Psst: Pakat2 kita tengok langit yer malam tu...hehehe...

    Air Mata Tidak Selamanya Abadi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    Sunday, March 6, 2011

    | | | 2 comments
    Senyum. Bahagia. Tenang.

    Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
    Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

    Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

    Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

    Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

    Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

    Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

    Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

    Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

    Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

    Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

    Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

    Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

    Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

    Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

    Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

    Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
    Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

    Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

    Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

    Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

    Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

    Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

    Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

    Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

    Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

    Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

    Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

    Air Mata Tidak Selamanya Abadi | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    Di tasik itu...

    Saturday, March 5, 2011

    | | | 2 comments
    Assalamualaikum....

    Urm, hari minggu yang membosankan...Tapi hari ni agak lain...
    Satu perasaan yg datang tetiba memaksa dan mengerakkan aku untuk pergi ke tasik...Arah tujuan pada mulanya nak pulang ke bilik terpesong seketika bila melalui taman tasik itu...Jadi, hati pun kata.." apa salahnya aku singgah kejap"...Urm, waktu itu tak de sesiapa kelihatan, terlalu awal untuk sesi riadah...cuma beberapa org pekerja membersihkan kawasan tasik...

    Hari ni, panas matahari tak begitu membahang...Mungkin sebab awan berat yang menutupi pancaran matahari, redup jeee...

    Urmm...tenang betul air kt tasik tu, tambah pulak tiupan angin yang nyaman...Aaaaahhhh, rilexnyee rasa...

    Kalau tgk kt permukaan tasik tu,  Cahaya matahari yg memantul sambil deruan angin yg mengerakkan zarah air di permukaan, tetiba muncul sinaran warna putih kelihatan seperti percikan bunga api...wahhhh, sangat cantik...

    Di satu sudut lain, si anak bangau terbang begitu dekat skali dgn permukaan tasik...Berharap sang ikan muncul untuk ditangkap dan dijadikan makanan...

    Kadang2 hembusan angin tu buat bulu roma aku tegak..Errkkk..ini bukan CITE SERAM, bukan  KES ADA HANTU YE...huhu..

    Kadang2 hembusan angin tu jugak macam jarum yang mencucuk hati sendiri...sampai mata aku jd panas, macam ada air  panas dikelopak mata yg ingin mengalir...Kenapa..Kenapa...Kenapa!!!!!!!!!!!!!!...
    Adakah aku gagal menjadi diri sendiri?!! perlukah aku menyerah kalah pada cabaran ini..

    Bila tutup mata, bunyi2an menjadi santapan telinga...Bunyi cengkerik, angin, kenderaan lalu lalang, bunyi air...
    Suasana tu buat aku hampir2 terlelap...Tetiba kedengaran satu suara...Berkumandang disetiap sudut... Dah masuk waktu asar rupanya...Kini aku kembali ke alam nyata...Masa yang sekejap tetapi menenangkan jiwa..huuuuuuu...(-_-)

    Seorang Insan kesepian kerna cintanya hilang, bagaimana harus diisi hatinya yang kini kosong....



    Kuasa Cinta! | iluvislam.com + discover the beauty of islam

    Thursday, March 3, 2011

    | | | 2 comments
    Rasulullah SAW bersabda : "Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit " (Riwayat Tabrani)

    Cinta Menyintai Atas Keimanan dan Ketaqwaan

    Rasulullah SAW bersabda:Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : "Kami semua pengasih" Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia". (Riwayat Tabrani)

    "Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!" (Jalaluddin Rumi).

     Cinta Yang Terutama

    Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya.

    Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, 'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.'

    Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

    Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan dengan tindakan yang nampak oleh mata.

    Di antara tanda-tanda cinta seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!

    Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:
    "Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya" ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)

    Cinta Allah Cinta Rasululllah

    Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.

    Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

    Cinta Terulung

    Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.

    Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
    'Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.' {Imam Nawawi)

    Faktor kuasa cinta adalah KOMUNIKASI. Tidak ada lain lagi selain komunikasilah yang menentukan turun naiknya kuasa cinta. Bacalah betapa hebatnya komunikasi yang dikatakan faktor kuasa cinta di sini. Kerana itu orang yang sentiasa berkomunikasi akan lebih mesra, akan terlahirnya cinta. Allah menjadikan perasaan cinta sesama manusia agar manusia memahami cinta dan faktor kuasa cinta. Apabila manusia memahaminya, maka sudah pasti manusia akan lebih mudah untuk bercinta dengan Pemiliknya iaitu Allah.

    Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana komunikasi merupakan faktor kuasa cinta. Lebih banyak komunikasi, lebih hangat cinta kepada Allah. Lebih hebat cinta kepada Allah. Lebih mendalam cinta kepada Allah. Dengan komunikasi, jiwa lebih tenteram kerana cinta tidak dihalang. Komunikasi dengan Allah lebih menenangkan jiwa kerana segala masalah dikongsi dan diluahkan kepada Yang Tersayang iaitu Allah.

    Ingatlah bahawa TIDAK ADA SELAIN ALLAH YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN DIRI KITA. 

    Komunikasilah sentiasa dengan Allah kerana segala-galanya tidak akan berlaku tanpa izin Allah. 

    Komunikasilah dengan Allah apa saja yang difikirkan, dilihat, didengar dan dilakukan. Sentiasa Ingat dan Sebut Nama Allah.

    Kerana rasa Cintalah iLuvislam ditubuhkan, Cintakan Allah Swt, Cintakan Rasulullah Saw, Cinta sesama saudara dan Cinta sesama insan.


    Kuasa Cinta! | iluvislam.com + discover the beauty of islam