Canada...

Saturday, October 16, 2010

| | | 0 comments
Canada.... 
Peta Canada
Tempat kedua yang aku teringin nak pegi...sebabnya kt situ ada satu keindahan yang amat menakjubkan... sememangnya ciptaan Allah tu tak tertanding kecantikannya...nak tahu tempat apa yang aku suka tu...hehehe.. semestinya air terjunnya yg teramat cantik tu... aku dapat tahu pasal air terjun ni dari sebuah novel... bila cari2 kat internet, memang terbukti keindahannya...

...Niagara Falls...
Disini terletaknya Niagara falls

Air terjun ni dekat Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.

Permandangan di waktu malam
Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batu terakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.

cantiknyerrr..
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.

Dari pandangan hadapan, inilah Niagara falls..

~ sumbangan Wikipedia~

Psst: teringin betul nk tgk tempat ni..nak lihat sendiri keajaiban ciptaan Allah ni...tapi memandangkan diri yang tak berapa mampu, mungkin ia akan kekal sebagai angan2..tapi aku dah cukup happy dapat mengenali tempat ni dari jauh...Alhamdulillah...(^_^)

Secret- One republic

Friday, October 15, 2010

| | | 0 comments
Lagu ni aku selalu dengar bila aku tengah tension atau sakit hati...rasa nak marah org tapi x mampu pun nak marah, jadi bila dengar lagu ni dapat gak lah cool down siket...huhuhu...Lagu ni first time aku dengar masa aku tgk cerita The Sorcerer's Apprentice (betul ke tak aku eja ni..huhuhu).... tp mmg masuk lah dgn jiwa aku..tak tau lah kenapa...gaya muzik dia dan lirik dia tu aku rasa sama macam ape yang aku rasa...huhuuu...

aku buat lagu tema utk blog aku..so klu nak dengar pasang lah volume..hahahaha...tapi aku sertakan juga video clip dr filem tu..hehehe..aku pun suka cite ni..sbb bila tgk hero dia, aku teringat kt seseorang....dan dia mungkin org yg dah curi hati aku ni...huhuhuhuh....entahlah...

Actually, perwatakan dia dan hero dlm cite tu berbeza... aku just suka berangan kalau lah si dia beperwatakan mcm tu..maksud aku dia ni rendah diri dan dia rasa dia tak cukup layak utk wanita tu sampai dia bazir byk masa, tapi akhirnya dia berani meluahkan perasaan dan cuba sedaya upaya utk memiliki wanita itu walaupun dia tahu wanita itu mungkin x pandang pun dia...dan akhirnya dia tak rugi sebb wanita tu pun sbenarnya sukakan dia...yg tu aku suka..dan dah lama aku tunggu bila dia akan jujur dengan aku...huhuhu...tp ibarat bintang dilangit, hanya mampu dilihat tapi x mampu disentuh...



OneRepublic - Secrets

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
Til’ all my sleeves are stained red
From all the truth that I’ve said
Come by it honestly I swear
Thought you saw wink, no
I’ve been on the brink, so

Tell me what you want from here
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

My god, amazing how we got this far
It’s like we’re chasing all those stars
Who’s driving shiny big cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve
And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don’t really like my flow, no, so

Tell me what you want from here
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don’t let me disappear
I’mma tell you everything

So tell me what you want from here
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away

So tell me what you want from here
Something that were like those years
Sick of all the insincere
So I’m gonna give all my secrets away
This time, don’t need another perfect line
Don’t care if critics never jump in line
I’m gonna give all my secrets away
All my secrets away, All my secrets away

psst: klu suka cakap suka, yg penting lepas tu hati kita lega sbb kita dah lepaskan semua...biarlah kat dia nak pilih jalan dia samada terima kita atau sebaliknya...mana thu dia juga punya perasaan yg sama kan..tak rugi berterus terang...hahahahaha..aku macam mgata diri aku sendiri jaaa...huhuhuhu




Kerana kau bilik aktiviti...

| | | 0 comments
Sejak beberapa minggu ni, fakulti aku heboh pasal kes bilik aktiviti ni... semuanya bermula apabila....

Satu hari selepas solat zohor, aku dan beberapa kawan ku berehat sekejap dalam bilik tu...Dah lama rasanya aku tak tengok tv, aku pun pasang lah tv....pastu kawan aku balik lab tinggal aku sesorang kat situ tgk tv...punya syok2 tgk tv sambil baca surat khabar, ada sorg staf ISO tegur..aku tak berapa ingat macam mana tp lebih kurang  mcm ni lah.." bilik ni untuk staf sahaja sebenarnya, student masuk solat jer..Makanan2 kat sini berbayar spuluh ringgit, kalau awk nak join, blh byr dengan sy..." Aku pun kata "..ooo..yeke...nanti sy inform kawan2 sy..."..

Aku pun cepat2 lah kuar dr bilik tu..malangnya aku tak perasan handphone aku tertinggal dalam bilik tu...Dah sampai kat lab, aku pun cite lah ape yg staf tu bgtau...dorg pun kata.."urm yeke, duk rehat pun tak boleh ker, ..urm, klu cam tu kita bayar lah"...Akhirnya keputusan diambil untuk membayar je lah 10 ringgit tu...Sangka nya semua dah selesai, jd aku pun gerak ler ke HEP dgn cik emi, nak hantar borg minta keje( masih x perasan hp xde)..Pas selesai, cik emi balik lab, aku plak g masjid..macam cite aritu lah (post angan2 tak kesampaian tu)...

****************************
Sesampainya aku di lab...tetiba kecoh plak dalam lab...ingatkan dah selesai..huhu... Kawan2 kumpul pastu dorg cite lah...ketua staf ISO tu bagi pesanan melalui cik rini supaya student2 tak leh duk dalam bilik aktiviti kecuali  untuk solat sahaja...dan pesanan untuk aku supaya ambil handphone aku tertinggal kat bilik tu..( baru aku sedar hp aku hilang..ish3)...bila dengar suara2 sumbang (tiada kesahihan, hanya anggapan) kata..sbb makanan kat bilik tu selalu habis..jadi kisahnya macam dorg nak salahkan kitorg lah amik ( brg2 yang dorg bayar 10 ringgit tu macam milo, nescafe 3 in 1 tu, biskut2 kering)...well, semua kekawan aku xde pun amik makanan dorg tu, setakat minum air kosong yg ditapis, kueh raya yg atas meja tu( baru2 ni kan raya posa), pastu baca surat kabar dgn tgk tv ( tgk tv tu aku je kut..hahaha) dan makanan2 yang umum, kira dorg wat jamuan terbuka, ajak semua org makan...Selain dari tu kitorg x amik...percayalahhhhhh ( mcm Datuk Siti nyanyi..hihi)

************************
Untuk pengetahuan semua, bilik aktiviti tu dulu memang khas untuk staf dan student postgrad..(dari org yg mula2 membuat bilik ni mnjadi bilik aktiviti)......Cuma sekarang jer tetiba student tak dapat masuk..masuk pun hanya untuk solat...musykil2...Dan Untuk Pengetahuan korg jugak, amaran ni di khaskan untuk geng2 lab kami sahaja...

Oklah, dah dapat pesanan tu, kitorg akur...Malam tu aku msj ketua staf ISO tu nak amik balik handphone aku awal pagi, sbb esok aku nak gerak ke KL ada conference..tp time msj tu sekali lagi kena tegur...takpalah..aku iyekan aje..malas nak bertekak...Esok  aku dan cik syg nak jumpa dia nak kasi sesuatu...

**********************
Esoknya, aku dapat lah hp aku tu, tp ketua staf tu xde, jd org len yang bagi kat aku..takpelah xdapat jumpa...cik syg pun bg lah sampul tu kat "org tgh" tu( hehehe..jgn marah) pastu ada pesanan kitorg bg..." nanti kata kat En Spider( bukan nama sebenar)..kami minta maaf lah sebab guna bilik aktiviti tu..ni kami satu lab bayar untuk apa yg kitorg makan (duet utk air kosong n kueh raya yg kitorg amik).pasni kitorg tak masuk lagi..( cam sedih jer..huhu)...Dah selesai tu, kitorg pun gerak lah..dah lambat nanti kena tinggal bas..huhuhu...

Sesampai nyer di KL, tgh duk rehat2 dalam bilik, tetiba En spider tu call aku..tp cik syg yg jawab...huhu.. sinis jgk lah cara dia kata...dia tanya nape bagi duet tu, kami katalah untuk kueh yg kami makan...dia kata dgn sinisnya, tau tak pa, len kali jgn masuk lg...urm,malas nak panjang2, cik syg iyekan aja...tettt..selesai...pastu cik eman call...dia kata En spider cari aku, pastu dia pulang kan duit tu dan dia kata sy halalkan ape yg korg makan dan minum... pastu bg amaran lg, korg semua x boleh masuk bilik aktiviti tu lg (dgr2 cam nada marah lah)...Tak boleh masuk terus ker ni????..puuulakkkkkk....aduhai...

*************************
Masa kat KL, cik syg msj dgn En spider tu, nak tanya kebenaran kenapa tak boleh gna bilik tu terus...pastu dia bgtau aku ape yg En Spider tu balas...Huuuu, SAKIT ATI bila baca...tak boleh lah nak bgtau contoh msj tu, tp kebanyakan msj yg dia balas tu, ada unsur2 kasar lah, siap berani mgata lecturer kitorg...dia jgk kata  ada staf buat aduan  2 kali pasal kami yang selalu "bertenggek" kat bilik aktiviti tu..huh, kes naya...korek punya korek, kami pun tahu siapa yg buat aduan tu...cik Murai upernyer...

Sebelum kami dapat amaran..ada sesuatu yg berlaku...
******************
Dengar suara2 sumbang kata " Cik Murai ni cari pasal dgn kitorg sbb dia kena marah dgn  sorg lecturer sbb tak buat keje"...ape kaitan dgn kitorg????...
Mcm ni citenya..Minggu lepas kawan aku, cik syg dah wat report pasal gas CO2 dah nak abih tp Cik Murai ni wat derkkk jer pastu kata nanti sy order baru ..Beberapa hari lepas tu kawan aku ingatkan lg cik Murai tu tp dia siap kata, masih ada lg kan, pakai dulu yang tu...( tahu kah betapa penting nya gas tu, klu xde boleh menyebabkan sel mati..nak beli sel baru mau beribu2 pulak..satu sel dah 2 ribu lebih...sanggup ker???..adoyai)..Sehari sebelum hari yang kami kena tegur tu, gas tu dah semput2...sempat jugak lah cik syg pindahkan sel ke fakulti atas bukit...tinggal sel lecturer lain...esoknyer,  gas dah tak ada, lecturer tu pun angin lah, dia turun dan marah kat cik Murai tu, tu yang cik Murai tu balas dendam kat kitorg ni...ish3...bukan salah kitorg, dia yg ambil mudah..huhu..kan dah kena....

********************
Dipendekkan cerita.....Student dan lecturer2 pun dapat tahu, abih semua tak puas hati...Dorg adu pada org atasan...
Dengar suara2 sumbang kata semua student postgrad dan staf boleh gunakan semua yang disediakan didalam bilik tu..termasuk lah tv..Air masak dan surat kabar tu disediakan oleh fakulti...Kueh raya tu pulak, staf2 yang bawak untuk sajian bukan dibeli guna det 10 ringgit tu...urm..

Kes ni dah kecoh satu fakulti, sampai naib dekan pun dah tahu, akhirnya ketua staf, dan semua staf ISO tu dipanggil...Dengar suara2 sumbang kata dorg kena marah, pastu naib dekan buat pekeliling...Didalamnya diberitahu bahawa, bilik aktiviti hanya untuk staf akedemik dan student postgrad, staf2 ISO hanya boleh masuk untuk solat sahaja..haaa..kan dah kena balik..bukan salah kami..huhuhu...kesian giler kat kakak2 staf ISO yang tak bersalah tu, hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga..ish3...akak2 yang tak bersalah tu, kami minta maaf yer...
setakat ni lah yang terjadi...

pstt: Cik Murai ni  tetiba amik cuti beberapa hari..kenapa yer???..Dengar suara2 sumbang kata ada sorg lg staf yg bgtau cik Murai ni pasal ada student tgk tv kat bilik aktiviti..ermm..tu yg cik Murai ni report... " akukah pencetus tragedi ini????...ish3...

Sebenarnya aku pun tak nak lah sampai jd macam ni, bukan apa tak mahu bermasam muka antara student dan staf..kita kan dibawah satu kepimpinan yang sama...sepatutnya kena lah hormati antara satu sama lain..betul tak....huhuhuu...

Walaupun hidup kita seringkali diuji...Walaupun perasaan kita seringkali disakiti...Pasti ada waktu bahagia kembali...untuk kita nikmati...dan waktu itu mampu melenyapkan keresahan hati...Alhamdulillah...itulah kebesaranNya... (^_^) (SNH, 2010)

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?

Thursday, October 14, 2010

| | | 0 comments
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.
Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Secebis Ingatan Buat Adam

| | | 0 comments
Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini. Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku. Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini?
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam...
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu. Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu...andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari...bukan berlian yang kupinta... tetapi...hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...


Air Mata Malam Pertama

Monday, October 11, 2010

| | | 0 comments
Azan maghrib yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan. Dah masuk waktu maghrib rupanya. Masih banyak lagi barang-barang yang belum dikemaskan. Penat juga nak kemaskan semua ni.
"Nanti kite kemas lepas ni. Mari solat maghrib dulu." Ujar ayah padaku.
Adik-adik sibuk bentangkan tikar dan sejadah di ruang solat. Begitulah selalunya apabila kami berkumpul.
Solat berjemaah adalah saru agenda yang tidak boleh dilupakan. Semua orang telah siap sedia menunggu sewaktu aku keluar dari berwudhuk di bilik air.
Aku cepat-cepat mengenakan telekung dan memasuki saf bersama emak, kakak dan adik. Selesai je iqamah, ayah memberikan penghormatan kepada suamiku untuk menjadi imam.
Dia kelihatan serba salah dengan permintaan ayah itu.
Dia merenung ke arahku. Aku hanya mengangguk sebagai isyarat supaya dia memenuhi permintaan ayah itu.
Maka dengan tenang, dia mengangkat takbir. Menjadi imam solat maghrib kami pada malam itu.
Betapa hatiku tenang sekali menjadi makmumnya. Dengan bacaan yang jelas dan merdu itu membuatkan aku berasa kagum dengan suamiku itu.
Mungkin tepat pilihan ayah dan mak buatku. Bacaannya lancar lagi fasih. Bagaikan seorang arab yang menjadi imam.
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

"Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."
Dia membaca doa dengan khusyuk memohon kepada Tuhan setelah selesai solat. Kami bersalaman.
Aku mendekati suamiku sambil menghulurkan tangan. "Bang, maafkan Ana!" Bisikku perlahan sewaktu mencium tangannya.
Dia kemudiannya mengucupi dahiku sebagai tanda kasih yang tulus. "Sayang tak ada apa-apa salah dengan abang." Ujarnya sambil tersenyum merenung wajahku. Selepas berwirid dan berzikir, dia bangun menuju ke halaman rumah.
"Abang nak ke mana tu?" Soalku. "Nak kemaskan barang-barang kat bawah tu. Ada sikit lagi." Jawabnya.
"Dah la tu. Rehat jelah. Esok kita boleh sambung lagi."Aku kesian melihatnya, keletihan.

"Betul kata Ana tu Zul. Sambung esok sajalah." Sampuk ayah yang tiba-tiba mendengar perbualan kami. Emak pun mengangguk menyetujui sarananku itu. "Takpelah ayah, Ana. Sikit aje tu. Kejap je saya buatnya."
Dia masih berkeras sambil berlalu turun ke halaman rumah untuk mengemas beberapa peralatan yang masih lagi berada di bawah khemah. Aku menukar pakaian, kemudian keluar membantu suamiku mengemas barang-barang di halaman rumah.

Dia kelihatan asyik tanpa menyedari kehadiranku. Semua barang-barang telah dikemasnya. Aku mencapai kain pengelap dan mula mengelap meja.

"Bila Ana turun?", soalnya apabila menyedari aku sedang mengelap meja, "Baru aje. Asyik sangat abang buat kerja sampai tak sedar Ana datang."

"Maafkan abang sayang", Dia menghampiriku. "Sayang tak marahkan?" Soalnya lagi sambil memeluk pinggangku erat.
Aku merenungnya, kemudian mengeleng-ngeleng sebagai tanda aku tak ambil hati pun pasal tu. Dia tersenyum sambil menghadiahkan satu ciuman di pipiku.
"Ish..abang ni! Nanti dilihat orang, malu kita", Rungkutku tersipu-sipu.
Nanti malu juga kalau dilihat oleh ahli keluargaku. "Apa nak malu, kan sayang ni isteri abang." Jawabnya tersenyum.
"Tau la, tapi tengok la keadaan dan tempat. Kalau kita berdua saja, lebih dari cium pun Ana bagi." "Betul ni?" Soal suamiku cepat-cepat. "Ish..Gatal la abang ni!", Dia cuba mengelak dari menjadi mangsa cubitan tanganku.
Aku terasa bahagia disayangi begini. Inilah pertama kali dalam hidupku merasai betapa nikmatnya cinta dan kasih sayang seorang kekasih hati yang aku sayangi.
Aku tidak pernah terlibat dengan cinta walaupun semasa aku di universiti dulu.
Dan pada tika ini, aku akan menikmatinya selepas perkahwinan. Cinta seorang suami terhadap seorang isteri.
Walaupun begitu, masih ada sedikit rasa takut di hatiku.
Aku takut aku tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Aku takut aku tidak mampu untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan mulia dalam hidup suamiku.
"Apa yang Ana menungkan ni?" Soalan itu mengejutkan aku dari lamunan. Aku berehat sekejap di atas kerusi batu dalam taman di halaman rumah setelah selesai mengemas barang-barang.
"Abang ni, terkejut Ana tau!" Aku buat-buat merajuk.
Saja nak menduga bagaimana suamiku memujuk. "Alaa..sayang ni..macam tu pun nak marah." Usiknya sambil mencubit pipiku.
"Nampak gayanya terpaksalah abang tidur bawah katil dengan nyamuk-nyamuk malam ni sebab isteri abang dah merajuk. Kesian kat abang yea!" Aku mula tersenyum dengan kata-kata suamiku itu.
Pandai juga suamiku buat lawak nak memujuk aku.
"Sayang…" Seru suamiku sambil merangkul tubuhku, "Sayang nak honeymoon kemana?" Tak terfikir pulak akau pasal honeymoon tu.
Aku pun tak ada apa-apa plan atau cadangan pasal tu. "Ana ikut aje ke mana abang nak bawa." "Kalau abang bawa ke bulan atau bintang, sayang nak ikut ke?" Guraunya.

"Banyak ke duit abang nak bayar tambang roket dan nak beli set bajunya nanti?" Soalanku itu membuatkan suamiku pecah ketawa.
"Nanti sayang nak berapa orang anak?" Soalnya lagi setelah ketawanya reda. "Abang nak berapa?" Soalku kembali tanpa menjawab soalannya.
"Abang nak sebanyak mungkin. Larat ke sayang nanti?" "Ish…abang ni. Abang ingat Ana ni kilang anak ke?" Sekali lagi suamiku ketawa.
Nampaknya dia adalah orang yang mudah ketawa. "Takdelah macam tu. Tapi abang suka kalau kita ada anak yang ramai. Sama banyak lelaki dan perempuan."
"Insya Allah, kalau ada rezeki nanti Ana sanggup."
Penjelesanku itu membuatkan suamiku tersenyum gembira. "Ni yang buat abang tambah sayang ni." Satu lagi kucupan mesra singgah di pipiku.
Aku terasa bahagia diperlakukan begitu. Aku punyai suami yang baik dan penyayang. Aku rasa dilindungi.

"Zul, Ana! Jom kita makan dulu!" Suara mak memanggil. "Mari bang! Ana pun dah lapar ni." Ajakku sambil memimpin tangannya.
Kami bangun beriringan masuk ke dalam rumah untuk menghadapi hidangan makan malam.
Rasa lapar la juga kerana sejak tadi lagi asyik layan tetamu dan buat kerja aje sampai lupa untuk makan.
Seronok sangat dengan kahadiran kawan-kawan rapat serta gembira dianugerahi seorang suami yang baik. Sudah beberapa hari aku asyik memikirkan pasal pertunanganku.
Terlalu sukar untuk aku menerimanya. Tambah lagi dengan lelaki yang tidak pernah kukenali.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah. Kehidupan yang memerlukan persefahaman sepanjang hidup.
Tanpa persefahaman dan tolak ansur, mustahil dua jiwa dan dua hati boleh bersatu dalam menjalani hidup sebagai suami isteri.
Tidak sedikit cerita yang aku dengar tentang rumah tangga yang hanya mampu betahan buat seketika atau separuh jalan sahaja.
Kemudian pecah berkecai umpama kapal dipukul badai. Berselerak dan bertaburan. Apatah lagi kalau dah dikurniakan anak. Anak-anak akan jadi mangsa keadaan.
"Mampukah aku menerima suamiku nanti sepenuh hatiku? Mampukah aku menyediakan seluruh ruang isi hatiku ini buat suamiku itu?
Bahagiakah aku bila bersamanya nanti?" Bertalu-talu persoalan demi persoalan menerjah benak fikiranku.
Aku rasa amat tertekan dengan keadaan ini. Bukan aku tak fakir pasal rumah tangga, tapi aku masih belum bersedia untuk melaluinya.

"Ya Allah, bantulah aku dalam membuat keputusan. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian. Janganlah Engkau biarkan aku sendirian dalam menentukan masa depan hidupku."
"Ya Allah, aku benar-benar tersepit antara kehendak orang tuaku dan persaan hatiku sendiri. Kiranya ia baik buatku, maka berilah aku redha dalam menerimanya wahai Tuhan."
Indahnya kuperhatikan suasana kamarku. Aku sendiri yang menghiasinya. Kamar malam pertamaku bersama seorang lelaki yang bergelar suami.
Kamar yang akan menjadi saksi bisu bila mana aku menyerahkan khidmatku pada seorang suami. Kegusaran dan sedikit gentar mula bertandang dalam sanubari.
Aku rasa takut sendirian untuk melalui keindahan malam pertama ini. Bagaimanakah akan melayani suamiku nanti?
Ketukan pada pintu bilik membuatkan hatiku bertambah gusar. Dari tadi lagi aku hanya duduk di birai katil.
"Masuklah, pintu tak berkunci." Aku bersuara perlahan. Aku pasti, itu adalah suamiku. Dia masuk, kemudian menutup pintu bilik kami dengan perlahan.
Dia kemudiannya menghampiri dan duduk di sisiku. "Kenapa asyik termenung aje ni? Sayang tak gembirakah bersama abang?"
Aku tak menyangka soalan itu yang diajukan oleh suamiku tatkala ketakutan di malam pertama begitu membanjiri jiwaku.
Aku hanya mampu mengeleng-ngeleng. Aku sendiri tak tahu apa jawapan yang terlebih baik untuk soalan suamiku itu.
"Habis tu apa yang sayang menungkan ni?", "Ana takut bang!" Itulah aku rasa jawapan yang tepat bagi menjawab soalannya. Dia memelukku erat sambil membelai rambutku.
"Apa yang nak ditakutkan? Abangkan ada. Abang akan bantu dan tolong sayang. Kita sama-sama bina keluarga kita." Pujuk suamiku.
"Ana takut Ana tak mampu untuk menjalankan tugas sebagai isteri abang. Ana banyak kelemahan bang. Ana takut nanti Ana akan mengecewakan abang. Ana takut.."
Aku tidak sempat untuk meneruskan kata-kataku kerana suamiku telah meletakkan telunjuknya di bibirku tanda tidak membenarkan aku menghabiskan bicaraku.
Terkebil-kebil mataku memandangnya.
"Sayang, abang terima sayang sebagai isteri abang seadanya. Abang terima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada sayang. Usahlah sayang risaukan pasal itu. Ok sayang!
"Bisiknya. Aku memeluknya syahdu di atas penerimaannya terhadapku. "Sayang, abang nak mandi kejap. Badan ni dah rasa macam melekit."
Aku bangun membuka almari pakaian dan mencapai sehelai tuala serta kain pelikat. Kuhulurkan kepadanya dengan penuh kasih sayang.
Dia tersenyum kepadaku dan mencium pipiku sebelum berlalu ke bilik air.

Kemudian aku terdengar siraman air terjun ke lantai. Malam berarak perlahan. Langit kelihatan gelap pekat tanpa bulan dan bintang.
Mungkin sekejap lagi hujan akan mencurah, membasahi bumi yang sudah beberapa hari merindui titis air untuk membajai ketandusannya.
"Ayah, mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
"Keputusan tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang bakal aku beritahu.
Keputusan yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
"Kiranya ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.

Ada sedikit titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?
Hanya emak yang tahu hakikatnya.
"Syukurlah, moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.

Tapi adalah terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati orang tua ku.
"Nanti mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana keputusanku memihak kepada mereka.
"Tak payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.

Aku tidak mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
"Kenapa pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya." Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
"Ana telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.
Aku sendiri telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.
Dia keluar sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap badannya dengan tuala di tangan.
"Baik bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam dah dekat pukul 1 pagi.
"Patutlah." Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa kedua-duanya menuju ke bilik.
Suasana malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat memancar.
Malam yang pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik, kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.

Mulutnya terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.
Kemudian dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
"Bang…."Seruku. "Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?" Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca fikiranku.
"Ya, abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk melayani segala kehendak dan kemahuannya.
Aku cuba untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.

"Assalamualaikum, wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai tuan pemilik yang mulia." Jawabku.
Malam yang gelap kehitaman itu kulaluinya bertemankan seorang lelaki yang telah kuserahkan kepadanya seluruh jiwa dan ragaku ke dalam tangannya.

Dia berhak segala-galanya keatasku. Sebagai seorang isteri, aku mesti sentiasa patuh kepada segala arahan dan suruhannya selagi mana ia tidak bercanggah dengan ketetapan Tuhan dan Rasul.
Pertama kali kulalui dalam hidupku, malam bersama seorang lelaki yang telah dihalalkan aku keatasnya. Aku umpama ladang dan suamiku itu adalah peladang.
Ia berhak mendatangiku mengikut sekehendak hatinya.

Aku telah membaca beberapa buah buku tentang alam perkahwinan, rumahtangga dan tanggungjawab seorang isteri apabila aku menerima pilihan emak dan abah terhadapku.
Aku cuba untuk mempraktikkannya selagi aku termampu untuk melakukannya.
Aku cuba menjadi yang terbaik bagi suamiku. Aku ingin suamiku bahagia bersamaku.
Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu.

Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya.

Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya.

Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu.

Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu.

Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti.

Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang. Bunyi batuk yang berlarutan menyebabkan aku tersedar dari tidur istimewaku malam ini.

Sewaktu aku membuka mata, aku lihat suamiku sedang bersimpuh diatas sejadah.

Dia mengurut-urut dadanya menahan batuk. Aku bingkas bangun, turun dari katil dan menghampirinya. "Abang tak apa-apa?" Soalku risau dengan keadaannya.
Aku mula risau, takut-takut suamiku itu mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak aku ketahui.
"Abang ok je. Mungkin sejuk sikit kot."Jelasnya. Mungkin juga. Hawa dinihari itu sejuk sebab hujan masih lagi bergerimis selepas mencurah lebat semalam.

"Pergilah mandi, ayah dan semua orang sedang menunggu kita untuk berjemaah di luar tu." Arah suamiku sambil tersenyum merenungku dengan pijama itu. Aku malu sendirian bila mata suamiku menyorot memerhati seluruh tubuhku itu.

"Nakallah abang ni." Aku bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air untuk mandi. Aku masih lagi terdengar batuk-batuk dari luar. Ayah mahu suamiku mengimami solat subuh itu, tapi suamiku menolak dengan alasan dia batuk-batuk dan tak berapa sihat.

Namun ayah masih berkeras, maka terpaksalah dia menjadi imam. Kesian aku melihatnya. Bacaannya tidak selancar semalam. Banyak tersangkut dan terpaksa berhenti atau mengulanginya kerana asyik batuk-batuk sahaja. Aku mula risau lagi dengan keadaan begitu.

Selepas beriwirid pendek, dia membacakan doa dengan perlahan tapi masih boleh didengari oleh semua ahli keluargaku.

Aku lihat muka suamiku agak kepucatan. "Kenapa ni bang?" Soalku sewaktu bersalaman dengannya. " Entahlah, abang rasa kurang sihat sikit pagi ni.."

"Zul sakit ke?" Tanya ayah. "Takdelah, cuma kurang sihat sikit. Mungkin sebab cuaca kot."Jawabnya. "Elok makan ubat, nanti takut melarat pulak." Sampuk mak. "Nanti Ana ambilkan ubat."
Aku bangun ke dapur untuk mengambil ubat dalam rak ubat. Ubat-ubatan asas sentiasa tersimpan dalm rak ubat di rumahku.
Ini bagi memudahkan bagi tujuan rawatan segera kalau ada apa-apa berlaku. Aku ambil sebotol ubat batuk dan segelas air.
Suamiku sudah masuk ke bilik. Batuknya agak berkurangan sedikit dari tadi. Mungkin betul juga ia ada kaitan dengan keadaan cuaca yang sejuk.
Dia menghirup sirap batuk yang kusuapkan. "Terima kasih." Ucapnya perlahan. Aku angguk. "Abang berehatlah." Ujarku sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Abang minta maaf kerana menyusahkan sayang." " Kenapa pula abang cakap macam tu. Sikit pun Ana tak rasa susah."
"Abang tahu sayang susah hati tengok abang begini. Sepatutnya hari pertama begini, abang kena membahagiakan sayang. Tapi abang minta maaf sebab keadaan abang tak mengizinkan."
"Dahla tu bang. Ana isteri abang. Ana sentiasa bersedia berkhidmat untuk abang tanpa sedikit pun rasa susah.", Pujukku walaupun sebenarnya hatiku memang runsing dengan keadaannya.
"Walau apapun yang berlaku, abang tetap sayang dan cintakan sayang. Sayanglah satu-satunya buah hati abang." Sambung suamiku tanpa menghiraukan nasihatku supaya dia berehat saja.
Entah kenapa tiba-tiba sahaja hatiku dilanda kesedihan. Entah darimana ia berputik.

"Abang minta maaf atas segalanya. Sayang maafkan abang yea" "Abang nak tidur dulu. Mengantuk rasanya." Ujarnya perlahan. "Abang tidurlah."
Aku menarik selimut untuk menyelimutinya. Aku menciumi dahinya.
Sekejap sahaja dia terlena selepas mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu. Aku memerhatikan suamiku buat seketika.
Tidurnya kelihatan tenang dengan susunan nafas yang teratur. Aku suka melihat wajahnya yang memberikan ketenangan buatku.
Wajahnya yang agak bersih dihiasi dengan kumis dan jambang yang nipis dan terjaga.
Aku berdoa dan berharap agar kurniaan Tuhan ini akan berkekalan bersamaku hingga ke akhir hayat.
Namun segala-galanya telah ditentukan Tuhan. Hidup, mati, rezeki, baik dan buruk seseorang hamba itu telah ditentukan Tuhan semenjak ia berada dalam kandungan ibunya lagi.
Maka aku sebagai seorang hamba yang lemah terpaksa menerima segala kehendaknya dengan redha dan tenang.
Siapa tahu, rupa-rupanya itulah hari pertama dan terakhir aku bersama suamiku yang baru aku kenali itu.
Aku hanya mengenalinya seketika sahaja, namun dia telah meninggalkan aku buat selama-lamanya.
Aku belum sempat untuk menjalankan tugasan sebagai isteri dengan sepenuhnya. Apalagi yang dapat aku lakukan. Patutlah dia asyik memohon maaf dariku.

Sewaktu aku ingin mengejutkannya untuk bersarapan, berkali-kali aku cuba memanggil namanya.
Namun dia masih tak menjawab. Aku menggoncang tubuhnya, tetapi tetap tak ada respon. Aku sentuh tangannya, sejuk.
Aku memeriksa nadi dan denyutan jantungnya. Senyap!

Air mataku terus je mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Menangisi kepergian seorang suami.
Aku tersedu-sedu sewaktu semua ahli keluarga masuk kebilik untuk melihat apa yang berlaku setelah terlalu lama aku cuba mengejutkan suamiku itu.
Tapi rupanya hanyalah jasad yang terbujur kaku.

"Sudahlah Ana, bersyukurlah kerana masih ada lagi pusaka tinggalannya buat Ana." Pujuk emak.

Aku hanya mampu tersenyum dengan pujukan emak itu sambil memandang wajah seorang bayi lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahku. Itulah takdir Tuhan, malam pertama yang telah membuahkan hasil.

Walaupun hanya pertama, tapi itulah panglima yang menang dalam pertarungan bagi menduduki rahimku ini.

Hari ini, zuriat suamiku itu telah menjenguk dunia ini. Satu-satunya pusaka yang tidak ada nilai buatku selain sebuah rumah yang telah diwasiatkan oleh suamiku buatku.

"Ya Allah, tempatkanlah rohnya bersama golongan yang soleh. Ya Allah, rahmatilah anakku ini. Jadikanlah dia umpama bapanya yang sentiasa taat kepadamu. Jadikanlah ia berjasa kepada perjuangan dalam menegakkan agamamu. Jadikanlah ia sebagai permata yang membahagiakan aku dan seluruh keluargaku."

Kisah ni aku ambil dari web i luv islam...huhuhu....aku suka cite ni, bahagia dalam perpisahan gitu....huhu..moga2 aku mendapat jodoh sebaik zul dan jadi wanita semurni ana tu..urmm...tp mampu ke?..huhu

Angan2 tak kesampaian...

Thursday, October 7, 2010

| | | 2 comments
Sejak beberapa hari ni aku asyik berangan dapat laptop baru...Malangnya tak kesampaian...Hurm..nasib badan..huhuhu...Tapi takpalah, ada rezeki nanti adalah...Petang tadi aku diberitahu yang harga laptop yang aku nak beli ni naik harga pulak... Mula-mula kata lain, time dekat2 nak beli kata lain pulak..penat jer kawan aku berinteraksi dengan tokey tu....kesian plak kat dia...Susah payah aku pikir macam ne nak kumpul duit..siap meminjam lagi tu...

Mula2, rasa nak marah jer... mana tak nya, dulu kata 600 tetiba esok lusa nak pegi tu, jadi 800 plak...sakit2...huhu, tapi xde lah nak tunjuk kat org yang bgtau aku ni, sbb bukan salah dia pun...Disebabkan tak dapat nak marah org yg punya angkara ni, rasa nak nangis jer..seb bek dapat kontrol...huhu...Aku betul2 perlukan laptop, boleh plak dia memain...takpalah sabar2...itulah kehidupan, tak semua yang kita nak kita akan dapat...mungkin ada takdir yang lebih baik utk aku nanti...

"Allah takkan beri ape yang kita mahu, tapi Allah akan bagi ape yang kita perlu...Jadi, jgnlah salahkan Dia bila sesuatu tu tak berlaku seperti apa yang kita mahu...Yakin lah, Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita...Kadang2 tu Dia bagi hadiah yang tak disangka-sangka...Kerana Dia lebih mengetahui apa yang hambaNya tak ketahui...wallahualam..."

So, terima kasih  untuk kawan-kawan aku yg sanggup bantu aku tanya kawan2, tolong cari laptop 2ndhand kat aku dan kawan2 bg sanggup pinjam duit... Jasa korg2 semua tak kan aku lupa..huhuhu...macam ramai jer kan, hehehehe...2 org jer, cik anis dan cik emi...dan utk sesapa yg bg sokongan kat aku..hahahaha.. cam menang pertandingan jer...kih kih..


Petang tadi, pergi hantar borang kerja...Pastu, pakcik tu kata semalam dia baru hantar senarai nama pelajar kat PSZ.Dia kata cubalah tanya En.Dzul...mana tau boleh dapat...So, aku dan cik emi pun bergegas ke library...Masuk2 pejabat, En Dzul tu tak de, gi solat..Jadi, kitorg tunggu dia...lama lah jugak..dari 4.30 ptg sampai dalam kul 6 ptg bru dia masuk... Cik emi kata... ingatkan tua, muda lg upenyer..hehehe... boleh tahan jugak...Pastu dia ajak gi bilik dia..Kitaorg pun bgtau lah tujuan nk jumpa dia...tapi dia kata, kami cari sorang je pekerja..td pun dah ada sorg student call...erm..xpalah... tak de rezeki... kecewa gak lah time tu..tetiba dia kata, "kamu bagi detail no phone dan email..kalau ade kosong saya call"..time aku menulis detail tu, dia pun citelah keje2 yang biasa wat...alahai, sopannyer...hik hik..cik ermi kata, dia senyum macam nak mgayat org jer..hahahahaha... apa salahnya kan cik emi ..mana tau dia single mingle lg, tgh mencari..hehe...

So, sekarang ni tgh tunggu jawapan dari En tu...time nak kuar tu, en tu kata, kamu berdua ni x boleh dipisahkan ker..urm, aku sengih2 jer.. "berdua lebih baik, ye ke???"...hak hak

Pastu aku cik ermi balik lab, aku lak gi masjid...Pas solat asar, aku pun gerak lah ke lab...sesampai nyer di lab...ada berita mengejut kan..hohoho..nanti aku cite..tak selesai lg..pas selesai aku cite eh...tapi memang sedih lah..tak tau nak rasa apa...marah pun ada, geram pun ada, rasa bersalah??..mcm terpaksa lah buat spt pesalah..malas nak panjangkan cite, nanti x aman plak kat fakulti ni..hohoho...