1s day of syawal...

Tuesday, August 30, 2011

| | | 0 comments
Assalamualaikum...
.
Hari ni 1 syawal, hari pertama kita dah boleh makan diwaktu siang..(erkkk, pikir makan aja ka budak nih..huhu)... Ape pun, Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin...hehe


Mata kadang salah melihat
Mulut kadang salah mengucap
Hati kadang salah menduga
Andai tangan tak kuasa menjabat
Setidaknya kata masih dapat terungkap
 
Setulus hati mengucapkan
Selamat Idul Fitri, Mohon maaf lahir & batin...





(Credit to google images)

Puasa 6 selepas raya....

Saturday, August 27, 2011

| | | 0 comments
Assalamualaikum...Per kabar semua..hehehehe...Sekarang ni aku kat kampung..jadi free lah jugak nak mengupdate blog...

Hari ni nak kongsi siket terutama buat kaum hawa...hehehe...Alkisah puasa 6 selepas hari raya...

************************

Tengahari tadi, aku tengok cite tanyalah Uztazah di TV9, ada lah seorang penonton bertanyakan soklan tentang puasa 6...nak puasa sunat dulu ke nak qada puasa dulu...Ermm, menarik betul bab ni, jadi aku pun fukos lah..(erkkk, selalu pun aku fokus gak, tp kat tempat aku blajar mana ade TV, jd cam ne nak fokus kan..hehehehe..)

Menurut Ustazah Asni Mansor, ada 3 cara untuk puasa 6 dan puasa qada..:
 
1) Puasa qada dulu( wajib) , baru puasa sunat ( paling afdal lah...sebabnya dahulukan yang wajib baru buat yang sunat)...
 
2) Puasa sunat 6 hari dulu baru puasa qada (boleh jugak, sebab syawal sebulan jer...qada ada setahun lagi..)
 
3) Niat qada puasa serta sunat sekali gus..( yang ni lebih mudah dan lebih senang)...TAPI..puasa yang boleh gabung hanya untuk puasa sunat dan wajib..Tak boleh puasa wajib gabung dengan puasa wajib ( contohnya puasa qada dan puasa sebab nazar...Yang tu kena asing...dan juga untuk yang sengaja tidak berpuasa di bulan Ramadhan)..
 
psttt: Aku pilih yang ketiga...hehehehe...
 

Ada sesetengah orang...

Friday, August 5, 2011

| | | 0 comments
Post kedua untuk hari ini...hehehehe..
********************************
Ada sesetengah orang....jika dia mahukan sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat... Tak kiralah dugaan macam mana pun, dia akan usahakan...Disamping tu, dia juga berserah pada Tuhannya..jika benar itu rezekinya....Akhirnya dia redha setelah dia dah cuba sedaya upaya...Dan dia terima apa saja dengan gembira...
Jenis orang macam ini insyaAllah, Allah akan berikan yang terbaik untuk dia...Walaupun bukan yang dia inginkan, tapi ape pun yang Allah beri melebihi apa yang dia sangka...Subhanallah, bahagianya orang ni..

********************************

Ada sesetengah orang... Dia inginkan sesuatu..Dia juga berusaha,berdoa...Harapkan yang terbaik... Satu hari usaha dia tercapai, dia gembira dan besyukur..Malangnya,  dia tak jaga apa yang diberi dengan baik...Kemudiaannya dia kehilangannya...Baru lah dia bersedih menyesalinya...
Jenis orang macam ni, tidak tahu menghargai apa yang dia dapat sehinggalah dia kehilangannya, baru dia sedar akan kesilapan nya..dan aku harap orang ni sedar dan akan lebih menghargai apa yang dia ada...Mudah mudahan dia akan jadi lebih baik...tapi " kadang2 manusia tidak akan tahu kepentingan sesuatu hingga hari dia kehilangannya" macam tu sifat  sesetengah manusia kan...
kadang2 Allah bagi peluang kedua, jadi kita kena hargai "peluang kedua" tu...Jangan ulangi kesilapan dulu.

***********************************
Ada sesetengah orang...Dia inginkan sesuatu tapi dia kurang berusaha...Bagi dia jika dah ditakdirkan untuknya..Akan jadi milik dia jugak...Jadi tak perlu susah payah kan diri..Biar lah takdir menentukan...
Dan kadang kala, dia dapat apa yang dia nak walaupun dia x usaha sgt pun...Sangat bertuah, tapi jangan sampai buta...bagi dia, kalau dah dapat, tak jaga pun akan kekal jugak dgn dia sbb dah takdir...jangan terlalu bersifat senang..Apa yang diberi tu hanya pinjaman..tak kan kekal lama kalau tak dijaga...Harap2 orang jenis ni faham dan lebih menghargai kebertuahan diri dia...
Sbb kadang kala orang macam dia, tak dapat apa yang dia inginkan..tu mungkin sebab dia tak usaha untuk dapatkan nya...tapi InsyaAllah, ada sesuatu yang telah ditakdirkan untuknya...Cuma orang macam ni hidup dia kosong, tak de kehidupan...huhuhuhu...
*************************************
Ada sesetengah orang... Dia inginkan sesuatu yang baik...Dia berusaha dan memohon dari Tuhannya jugak...Tapi malangnya, cara dia mendapatkannya tak berapa baik...Macam yang dikatakan tokoh2 agama.."Matlamat tidak menghalalkan cara"...
Kadang2 orang macam ni dapat apa yang dia nak, tapi cara dia dapatkannya turut melukakan orang di sekeliling...Akhirnya dia akan lebih tersisih... harap2 orang macam ni sedar akan kesilapannya, dan memperbaiki semula apa yang dilakukan...
Kadang2 orang macam ni xdapat apa yang dia nak malah dia dijauhi teman sekeliling kerana perbuatannya...Dia mula menyalahkan takdir dan tidak memunasabah diri..akhirnya dia tenggelam dalam kekhilafan nya... Andainya dia sedar bila orang lain menjauhi dia, dia munasabah diri.."kenapa orang menjauhi aku'..InsyaAllah, dia akan mula sedar dan memperbaiki kesilapannya...
Yang penting dekatilah Yang Maha Penyayang...Agar diberi peluang untuk berubah...
****************************
Ada macam2 orang...Nanti lah aku ulas lagi...Ini berdasarkan pemerhatian aku, bukan lah fakta....Boleh ulas lagi jika ada yang ingin berkongsi...

Tq..Selamat Berbuka..hehehehe...




Salam Ramadhan

| | | 0 comments
Asalamualaikum... (^-^)..macam dah dijangka, sebulan sekali baru ada post baru..huhuhu..apepun, bulan ni bulan 8 iaitu bulan kemerdekaan...Dan lebih menggembirakan kaum muslimin, bulan ni bulan ramadhan jugak...
Walaupun dah terlewat untuk bagi ucapannya...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Semoga Iman kita bertambah dalam bulan ni, dan dapat dikekalkan untuk bulan-bulan yang lain...InsyaAllah..
Thank you Iluvislam untuk wallpaper yang cantik ini...hehe
**************************
Hari ni aku rasa nak luahkan ape yang aku fikir sepanjang hari ini...tentang manusia dan laluan hidup..Urm...
Bukan nak berfalsafah...Cuma hari ni aku sedih sikit...jadi aku nak korg sume sedih untuk aku..hehehehe..takdelah...gurau ajer...La Tahzan, Dont be sad okay...

Kita manusia ciptaan Allah ni berbeza-berbeza kelakuan, sifat, laluan hidup, takdir...dan banyak lagi...Tapi Semua manusia yang beriman punya satu tujuaan yang sama...Mendapatkan keredhaan Ilahi..
Macam satu buku yang aku baca ni...

"Hidup hanya untuk mati, dan mati hanya kerana untuk hidup semula"...

Aku rasa kita yang beragama islam ni tahu "kematian kita didunia ni hanyalah satu permulaan kehidupan yang kekal abadi"...Tapi, bukan nak suruh korg semua tinggalkan kehidupan dunia terus..semua kena seimbang... Ibarat " Kejarlah dunia seperti kita akan hidup selamanya, dan kejarlah akhirat seperti kita akan mati esoknya"...Semua kiasan, ibarat2 ni ada maksud terdalam..Harap2, korg semua paham..huhuhu...

***********************

Apepun, semoga kita tergolong dikalangan orang2 yang beriman...Tunggu next post yer...nak post benda len sebenarnya, tp tertaip plak yang ni...hahahaha...