Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan

Thursday, October 28, 2010

| | | 0 comments
Seperti api yang dipadamkan oleh air, begitu la perlakuan kita...jangan lah kita ikutkan sgt rasa hati...bila ada org berbuat jahat dengan kita..jgn lah membalas jugak dgn kejahatan sebab tiada penyelesaian nya kalau kita menambahkan bara dalam api yang marak...huhuhu... Jadi...Sabarlah selagi boleh besabar..Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman..
 
Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranul Karim Yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman minta tolonglah kamu dengan sabar dan sembahyang,sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar"
(153.)

Kadang2 aku pun pun alami perkara macam tu...Ikutkan rasa hati, memang aku tak puas hati... Tp bila aku rasa tak puas hati atau nak marah org, aku selalunya akan mendiamkan diri...aku bukan takut nak marah tapi aku takut pekataan yang kuar time aku marah tu akan lebih memudaratkan suasana... Time ni tahap kesabaran aku diuji...
 
 Mengenai hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda, “Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.” Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim (7425).
 
Malang nya aku ni hanyalah manusia biasa, tidak terlepas dari hasutan syaitan...Kadang2 terlepas jugak kemarahan aku..urmm...
************************
 
Kisah ni amat aku suka...Bila baca, aku sedar yang iman aku begitu rapuh...urmmm..moga2, aku masih mampu menguatkan hati ni untuk lebih bersabar dengan dugaan dunia...(~_~)

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kami dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."

Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."

"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"

Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.

"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.
 


 

Anda Semakin Matang Bila...

| | | 0 comments

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

 

Aku dan kehidupan itu

Wednesday, October 27, 2010

| | | 0 comments
Suatu ketika dulu, kehidupan mu tenang...
Di kiri kanan sentiasa ada yang membantu... 

Kini kau nun jauh diperantauan...
Membawa harapan insan tersayang...
Memikul beban menempuh dugaan...
semoga menjadi insan terbilang...

Sejak beberapa bulan yang lalu, aku ada byk sgt masalah...aku rasa serabut sgt, sampai ada satu tahap tu aku betul2 dah mengalah...urm... masalah peribadi, masalah pelajaran dan masalah kewangan...

Mula2, laptop aku yang rosak tu..so, perlu duit lagi nak baiki... pastu barang yg  aku nak guna utk projek research aku tu x boleh proceed pembelian sebab fakulti dah tak cukup duit, padahal barang tu dh approved beberapa bulan yg lepas tp x proceed..so, aku tak dapat nak start kerja aku tu..sekarang dah tinggal satu sem, mana sempat nak siapkan...urmmm, pastu sample yang aku beli untuk projek aku tu plak company salah hantar...so terpaksa stop kan kerja yang aku dh mula sebab nak tunggu sample yang betul...

Time ni aku betul2 stress..tapi aku susah nak kongsi dengan org lain, termasuk famili aku..ye la kan, , dorg dah cukup susah nak jaga aku..maklum lah aku bukan ada sumber bantuan kewangan..nak pinjam kat PTPTN pun aku dah tak mampu, masa dulu dah pinjam beribu..so, sekarang ni aku bgantung dengan famili aku ja... 

Sebelum aku jumpa satu petunjuk ni, aku betul2 dah fikir nak berhenti belajar...pastu aku bincang dengan supervisor aku...then, aku tukar fikiran..aku rasa aku nak tangguh dulu cari keje...tak pun aku tukar status study aku kepada part time...urm, sebelum raya puasa aritu aku dah yakin dengan keputusan aku nak tangguh...tapi...

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Ayat ni benar2 buat aku sedar...Setiap kali bila aku rasa susah, aku akan ingat ayat ni...sebab bila aku baca hati aku akan tenang balik...Alhamdulillah, masih ada kekuatan untuk aku hadapi dugaan Allah...Kadang2 bila aku rasa dugaan ni berat sangat untuk aku, adakah aku akan tewas dengan ujian ni...


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
( Surah Al-Baqarah ayat 286)
  
Alhamdulillah, stakat ni aku masih mampu hadapinya...Kadang2 aku nangis juga, tp aku x suka nangis depan org...entahlah, aku rasa macam aku sorang2 tekapai-kapai di tengah laut, xda teman untuk aku kongsi kesedihan aku...Mungkin sebab kawan2 aku pun dah banyak masalah...dan aku pun x suka sgt luahkan perasaan kt org... tapi...

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
(Surah At-Taubah ayat 129)

 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Alhamdulillah, setiap kali pas solat, aku rasa tenang...Ada kekuatan untuk aku teruskan kehidupan...

****************************

Sepanjang aku cuti raya kat kampung aku, aku fikir banyak kali..betulke keputusan aku...mulanya aku nak bincang dengan famili, tp bila tgk muka mak ngan ayah aku, aku sayu..tak tercakap apa yg dalam fikiran aku...last2 aku cakap aku nak bawak moto sbb nak cari keje part time...lain cite jadinya..huhuhuuu...Hari tu jugak parent aku bawak aku g kedai moto...sebenarnya dah banyak kali aku bgtau keinginan aku nak bawak moto g johor, tp lepastu aku kata tak mahu...xsanggup nak susahkan org tua aku lagi..tapi aku tetap jugak susahkan dorg..Ye la kan, famili aku ni sederhana, bukan berada...nak kuarkan duit utk benda yang x penting tu rasa sgt sayang.....huhuhuhuhuuuuu...pasal laptop rosak pun aku x cakp dengan parent aku, sbb aku tahu walaupun dorg akan berleter, dorg tetap akan bg duit untuk baiki...Kadang2, parent aku call, tanya cukup duit tak nak makan, aku jawab cukup padahal dalam bank ade bape puluh je..xpelah, aku leh jimat2...


Ya Allah, sayangnya mereka padaKu...Aku bersyukur Ya Allah...Moga aku menjadi anak yang mereka inginkan..Amin...

Akhirnya, pas aku balik dari cuti tu, aku buat azam baru...nak cari keje part time...cari punya cari, dapat lah keje...Kawan aku pun ada yang tolong carikan, time cih yer cik nfizah...Sekarang ni aku buat 2 keje part time dan 1 bisnes sendiri (pakat dengan cik eman dan cik jalini)...pastu kalau lecturer nak suh wat somethin2, aku buat jugak keje tu, klu aku reti la....



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Sebenarnya, semua dugaan ni dah beri pelajaran pada aku...Setiap ujian tu pasti ada kebaikan dan hikmah disebaliknya...Baru aku faham...Sekarang ni aku lebih rajin, lebih yakin dan lebih sabar..Alhamdulillah...


Pssttt: aku dah cite dulu pasal keje sambilan pertama aku, nanti aku cite keje2 lain yang aku buat sekarang ni..memang agak sibuk sampai tak cukup masa nk rehat dan makan..huhuuu..

Di Manakah Cantiknya Seorang Wanita

Monday, October 25, 2010

| | | 0 comments

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.

Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah
.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."


Pelangi selepas hujan

Friday, October 22, 2010

| | | 0 comments
Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 
Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 
Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

Bersabarlah Duhai Hati

| | | 0 comments
Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.


Pengalaman keje: kali pertama

Thursday, October 21, 2010

| | | 0 comments
Hari ni hari pertama aku mula keje dekat cyber cafe ni...aku keje dari pukul 3 petang sampai lah 10 malam...huhuhuuu...
Mula2 ok jer, sebab x ramai pelanggan...dalam duk jaga cc, aku pun wat lah keje aku...pastu tetiba ada bunyi tepon, aku pun cari lah kat mana bunyi tu..nampak lah sebijik tepon kat bawah...dengan bangganya aku pun angkat lah tepon tu sambil cakap"hellooo..."...tapi, bunyi tu masih kedengaran...alamak, bukan tepon ni lah... aku pun cari lah lagi..haa, rupanya tepon yg dekat rak atas yang bunyik..huhuhu..malunyer sebab ada mamat kat depan aku tgk...jatuh saham...hahaha...dah selesai ckp dlm tepon, aku pun duduk lah balik..pastu mamat yg tgk aku td, sembang dengan aku..aku layan lah....erm..mesti dia ketawakan aku pasal td..huhuhu

Lepas sembang2 dgn dia tu, aku sambung lah wat keje...pastu dtang sorg pompuan nak print, aku pun angguk je lah padahal aku tak tau cam ne nak guna printer tu..hahahaha..men taram je lah.. pas dia tekan butang print aku tggu lah kat pinter tu.."kuar ke tak ni, ummm kene tarik mende ni kut"..."ish, tak kuar jugak"...lama tunggu, pastu bru tergerak hati nak baca screen kt printer..laa, xder kertas ke..rupenye mende yang aku tarik td adalah tray kertas..ish3, patut lah x kuar...selesai satu masalah....aku pun sambung keje aku...

Pastu datang lg sorg mamat nak beli ink...pas dia ckp nk beli tu, aku pn amik lah..alamak, harga tak de..gelabah dah aku time tu..cam ne nak buat ni...last skali aku call cik eni, veteren worker...oohhh, 12 inggit..hehehehe..sek baik..pas bayar tu mamat tu pun pegi...bila tgk2 balik, laa ada upernyer tanda harga kat cermin...ish3...
Aku pandang lah mamat kat depan aku tu, mesti dia ketawakan aku..huhuhu

Lapar lah pulak...nak kuar makan ada customer..huhuuu..blapar lah aku nampaknya sampai habis keje..huhuhu..duk tgh sedih dan kelaparan tu, mamat yg kt depan aku pun nak balik..pas dia bayar aku pun wat tak peduli lah dgn dia...pas dia siap kemas barang, tetiba dia tgk aku n kata "nak balik"...urm, aku  pandang la dia..aku pun senyum lah sambil anguk2 tp dlm hati aku konfius, nak balik pun nak bgtau aku ker, balik je lah..urmmm...

pas siap edit nota, aku pun berehat2 lah kejap...pastu datang sorg budak nak guna tenet..aku pun onlah pc nk login..tetiba pc xleh login..haa, sudah..huhu..gelabah balik..nak wat cam ne ni..huhuhu...try pc lain pun xleh jugak..sek bek ada satu pc ok..bg lah adik tu guna...tp muka mmg cuak gile...aku pi lah kat komputer nak tgk apesal tak leh connect.... rupanya xde connection..patutlaaaa....
tp camne nak on balik connection tu???...nak tanya sape ni?.. urm..try call cik eni..alamak, tak dapat pulak, mana dia pegi ni..huhuhuuuu..."cuba2 lah buka tutup software ni"...then aku pun tutup software tu, bila nak bukak balik..hah, nak username dan password, pulakkk...macam na nak buat...time duk gelabah tu, beberapa budak perempuan datang nak beli adapter, belek punya belek, harga pulak takda..brapa plak harga adapter ni....pastu dtang pulak bebudak lain nak main game..."akak, cepatlah on pc"..huhuhu..software dh tutup, camne nak on pc...alamak, time tu rasa macam tak cukup kaki tangan nak layan pelanggan..huhuhuhuuu..rasa nak nangis dah time tu...

Pastu teringat kat sorg lagi pkerja, En Man..ape lagi call lah dia...sek baik dia ada...Akhirnya satu persatu masalah dapat diselesaikan...Rupa-rupanya ada org teroffkan suis modem, patutlah xde tenet..Alhamdulillah...Sekarang dh tenang balik.