Tempat ni ada dalam list negara yang aku nak kunjungi dan tempat yang aku nak pergi...sebab aku nak tengok keajaiban yang org duk sebut2 ni dengan mata sendiri...tapi semua tu perlu modal yg banyak...Aku akan cuba berusaha untuk capai impian aku...(^_^) gambate...ada rezeki aku akan sampai.... Tempat pertama adalah di Mexico...
"Mexico adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara, bersempadan dengan Amerika Syarikat, Guatemala dan Belize di tenggara dan Lautan Pasifik di barat dan Teluk Mexico dan Lautan Caribbean di sebelah timur. Ia merupakan negara ketiga terbesar di Amerika Latin dan juga negara yang paling ramai sekali berbahasa Sepanyol. " Dari wikipedia
Di dasar laut di Cenote Angelita, Mexico ini ada satu tempat yang unik dipanggil "sungai Bawah Laut"....Berdasarkan kajian dari org2 yang pernah pergi ke situ, ada sebuah gua yang jika diselami sampai kedalaman 30 meter, airnya adalah air tawar, namun jika menyelam sampai pada kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin. Di dasarnya terdapat sebuah “sungai” lengkap dengan pohon dan dedaunan. Namun, tentu saja itu bukanlah sungai biasa sebab sungai tersebut merupakan lapisan hidrogen sulfida sehingga nampak seperti sungai...unik nya tempat ni, itu lah hebatnya ciptaan Nya..
|
Sungai di dalam laut |
0 comments:
Post a Comment