Dia ni bila cakap dengan kita dia suka cerita yang buruk2 pasal kawan kita yang lain...Selalu puji2 diri sendiri (perasan bagus la kut)...Bagi seseorang yang mudah terpengaruh baiklah dijauhi, tetapi bagi seseorang yang kuat imannya bantulah kawan kita ni sedar dari kesilapan...dia pun manusia jugak)...
kalau kita asyik kutuk2 atau buruk sangka orang len sebenarnya telah menjatuhkan peratusan kepercayaan orang kat kita..Jadi berhati2 lah bila berkata2...(Kalau da masalah dgn orang pun, better cakap depan2 dengan org tu bukan kutuk2 belakang...hohoho..)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada buruk sangka kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.”
Cara kita nak melawan pemikiran yang jahat2 ni..banyak caranya
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Selain tu boleh banyakkan zikir...antaranya:
Rasulullah pernah menyatakan : terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT iaitu
"subhanallah wa bihamdihi"
Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya
dan
"subhanallah hil azim"
aha suci Allah yang maha Besar
dan lain-lain zikir boleh dipraktikkan beristighfar pun digalakkan, cara ni boleh menyibukkan mulut kita agar kita kurang bercakap sesuatu yang tidak baik...
Bagi kita2 yang selalu mendengar cerita-cerita yg kurang enak pulak, jgn lah mudah percaya...elok diselidiki dahulu..Sbb perkara2 macam ni kadang kala boleh mengundang musibah pada diri sendiri atau orang lain...seperti dalam surah al-Hujurat..(Setiap ayat dari surah Al-Hujurat ni mengandungi maksud2 yang saling berkait dengan keburukan bersangka buruk)
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)
Bagi yang dahulu2 pernah menyebarkan perkara2 yang tidak betul, eloklah bertaubat...dan meminta maaf pada orangnya...moga2 diampunkan dosa..Amin
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)
Allahualam...
0 comments:
Post a Comment