Ape nak buat?

Thursday, April 19, 2012

| | | 0 comments
Asalamualaikum...huhuhhu. ari ni baru berkesempatan nak tulis blog... 

Sejak akhir2 ni asyik fikir macam2 jer...susah nyer rasa.... hari penting aku tak lama lagi tapi tak terasa kesibukan nya lagi... kadang2 terfikir jugak, ish aku ni dah bersedia ke belum nak jd tunang orang ni...( ni baru nak tunang,belum nak majlis kawen lg......huhuhu)

Hantaran lah, baju lah, cuti lah, pelajaran lg....erm...huhuhu.... moga2 fikiran ni tak bertukar untuk batalkan semuanya....

Susah jugak ea...tambah2 lagi aku ni tak keje lagi, nak pakai duit orang cam segan jer...nak mintak kat mak ayah lagi lah segan...huhuhuhuhu.... urmm...ape patut aku fikir semula pasal ni?...huhuhu

Hantaran?..nak bagi apa yer...tengah2 sibuk buat kerja makmal ni sempat gak aku mencari barang2 yang sesuai dibuat hantaran.hehehehe Cadangan aku macam ni lah: Tafsir Al-Quran, Kain (sama kaler dgn kain aku), songkok, perfume, sejadah, buku, kek, kuih, gula2, buah-buahan... okay tak cadangan aku? ada cadangan lain?...

Baju?...ala, ni lagi satu perkara yang perlu dicari...nak pakai baju ape nanti yer?...ikut cadangan aku , pakai je yang mana ada..baju raya ke...cuma beli tudung  jerlah yang berkilat2 siket...jadi lah tu...

cuti?...ohhhh...macam maner ni...keje banyak, tapi kena jugak amik cuti awal...nak wat persiapan lagi...huhuhu...aku ni bukan pandai nak hias2 hantaran...adoyai...beli kotak lah senang...

Tema?...kawan aku tanya aku wat tema ape?...ermmm...entahlah, xde tema kut just aku buat semua ikut warna yang sama...kalau nak sama dengan baju aku, aku pilih kaler oren...jd tema kaler aku hari itu adalah oren....kekeke...dulu, tak penah terlintas pn nak wat wana oren...

Ok lah...nanti aku sembang lagi...nak sambung pikir balik ni...hehehe...



psstt...: ade sape2 nak sponsor hantaran/gubah hantaran ke?..hehehe...jemput2 lah yer dtg umah aku awal...kekekeke...tata

4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Monday, February 20, 2012

| | | 2 comments
 Assalamualaikum....beberapa minggu yang lepas aku da terbaca satu artikel dari FB ustaz Azhar Idrus tentang wanita..Moga2 kita dapat menjauhi dari menjadi wanita-wanita sebegini...
 
4 JENIS PEREMPUAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA ( WAJIB BACA )

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita sama ada secara kita sedar ataupun secara tidak sedar. Dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang segera berubah untuk memperbaiki kesilapan diri. Berikut adalah 4 jenis perempuan yang akan menjadi penghuni neraka.

 
1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.

Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.


" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..


" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.


Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.


Curang pada suami.


Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.


Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.


" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.


2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).


Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.


" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "


Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.


" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "


" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "


" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."


3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.


" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."


" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "


" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."


4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.


Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.
 
Artikel ni di ambil dari ceramah Ustaz Kasim Elias...Moga-moga dapat kita jadikan renungan (khas untuk kaum-kaum hawa)...dan bagi kaum Adam yang membaca artikel ni, jagalah saudara-saudara perempuan kamu supaya tidak terjadi seperti ini...Allahualam...
 

Hati-hati bila berkata-kata

| | | 0 comments
Assalamualaikum semua...hehehe..arini nak kongsi siket ape yang aku pikir sepanjang minggu ni..hak hak hak...
Macam mana menilai seseorang??...or boleh dikatakan camne nak nilai diri sendiri???

Kadang-kadang kita suka nilai orang tapi lupa yang orang pun sentiasa menilai kita....tul tak?..ermm..ke aku je..hehe..

dari pemerasan otak aku yang kadang2 betul2, kadang2 terlebih betul nih...cara aku nilai orang yang paling mudah adalah cara pergaulan

Kita akan dinilai dengan cara kita berborak dengan orang (kata2 yang keluar dari mulut kita)... contohnya

Dia ni bila cakap dengan kita dia suka cerita yang buruk2  pasal kawan kita yang lain...Selalu puji2 diri sendiri (perasan bagus la kut)...Bagi seseorang yang mudah terpengaruh baiklah dijauhi, tetapi bagi seseorang yang kuat imannya bantulah kawan kita ni sedar dari kesilapan...dia pun manusia jugak)...

 kalau kita asyik kutuk2 atau buruk sangka orang len sebenarnya telah menjatuhkan peratusan kepercayaan orang kat kita..Jadi berhati2 lah bila berkata2...(Kalau da masalah dgn orang pun, better cakap depan2 dengan org tu bukan kutuk2 belakang...hohoho..)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada buruk sangka kerana buruk sangka ialah seburuk-buruk berita.” 

Cara kita nak melawan pemikiran yang jahat2 ni..banyak caranya

Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Selain tu boleh banyakkan zikir...antaranya:

Rasulullah pernah menyatakan : terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT iaitu

 "subhanallah wa bihamdihi"
Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya

 dan 

"subhanallah hil azim" 
aha suci Allah yang maha Besar

dan lain-lain zikir boleh dipraktikkan beristighfar pun digalakkan, cara ni boleh menyibukkan mulut kita agar kita kurang bercakap sesuatu yang tidak baik...

Bagi kita2 yang selalu mendengar cerita-cerita yg kurang enak pulak, jgn lah mudah percaya...elok diselidiki dahulu..Sbb perkara2 macam ni kadang kala boleh mengundang musibah pada diri sendiri atau orang lain...seperti dalam surah al-Hujurat..(Setiap ayat dari surah Al-Hujurat ni mengandungi maksud2 yang saling berkait dengan keburukan bersangka buruk)

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
(Al-Hujuraat 49:6)

Bagi yang dahulu2 pernah menyebarkan perkara2 yang tidak betul, eloklah bertaubat...dan meminta maaf pada orangnya...moga2 diampunkan dosa..Amin
 
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujuraat 49:12)
 Allahualam...