Cinta dalam bas

Thursday, September 30, 2010

| | | 2 comments
Sekarang ni aku rasa macam orang yang merdeka...hahaha...tapi hanya untuk bab-bab tertentu...dah lama aku tak cerita pasal kisah "cintan cintun" ni... maklum lah pas jadi single ni, aku tak rajin dah nak amik tau pasal bab ni... tapi banyak jugak kisah yang berlaku dalam hidup aku...huuuuu...adakah ini dugaan orang yang tidak ber"couple"...
********************
Disebabkan laptop aku rosak...aku wat keje2 menaip dan mencari info dekat library...kat situ banyak pulak jejaka foreigner yang aku jumpa..hehe..
 bukan gatal tapi dah ternampak kan, cuci mata je lah sambil tambah dosa mata...apo lah aku ni...cakap je nak berubah tapi masih di takuk lama...
***************
Aku nak cerita pasal sorang mamat indon ni..(aik, jgn pk mamat indon yang kontraktor tu, ni mamat indon yang terpelajar..heh heh)..
Dulu masa aku duk kat H14 KTF tu, aku selalu tunggu bas KTGB,KDSE,KDOJ lalu...malas nak jalan kaki gi lab...kali pertama aku jumpa mamat indon ni dalam bas lah...dia duk sorg2 jer...muka dia x nampak macam org indon, nampak macam org iran,orgnyer agak tinggi dan kurus kering..opss..blh tahan macho..hehehe..
masa aku nek bas tu, aku terpandang lah si dia ni...bukan sengaja yer, masa tu nak cari tempat duduk kosong tetiba terpandang dia dan kerusi sebelahnya yang kosong...jeng jeng jeng..nak duduk ke tak..urm...aku duduk kat kerusi depan dia..banyak lagi kerusi kosong upernyer...(^_^)
**************
Aku turun kat C08, nak gi library...dia tak turun lg, mungkin dia pegi fakulti lain kut..x pelah,ade rezeki jumpa lagi..huhu...
sampai nyer aku di library, setelah penat berpusing2 mencari komputer..tetiba aku nampak kelibat dia kt aras tiga tu, tgh sembang dengan kawan dia...wah, nampaknya ade jodoh nih (tersengih sorg2)...
*******************
kali kedua jumpa dia kat atas bas jugak, waktu yang sama...tapi hari tu aku x gi library lah..banyak keje nak wat kat lab tu..haha..tapi masa aku nak turun tu, aku pandang lah dia sekali imbas...upernyer dia pun pandang aku...wah berbunga bunga cinta..hak hak..

pastu aku nak nek tangga nak masuk bangunan C08, tetiba rasa nak pusing belakang...wahahahaha, rupernyer dia still pandang aku, ape lagi aku pun pusing ler balik..malu lah plak aku rasa..huhuuu...ermm..pastu aku ingat tak jumpa dia dah..
******************
satu hari aku gi makan kat pak lah cafe dgn kawan2 aku...time nak makan tu terdengar ler suara org sembang..gaya2 org indon lah..aku pusing2, upernyer dia lagi..ish3..dia org indonesia upernyer...
**************
lepas laptop aku rosak, aku pun kerap ke library...Rupanya aku jumpa lagi dengan mamat tu..banyak kali jugak lah...malam ni aku tengah menaip post ni, mamat tu ada kat depan aku...hehehehehe...dugaan2..
****************
tapi, aku rasa cam dah xde hati pulak dgn dia, mungkinkah sebab hati aku ni dah diambil org.. siapa lah yer orang tu..urm....ok sampai sini saja...hehehe...nanti aku cerita pasal org yang sepertinya sudah mencuri hati aku..tapi, jangan risau, aku masih kekalkan pendirian aku iaitu..



"Couple when Engaged"
&
"LoVe after Marriage"
 From http://cintaadriana.blogspot.com/

Tenangkan hati...

Tuesday, September 28, 2010

| | | 0 comments
Satu hari tu sepupu aku mesej aku, dia kata dia tension sgt...dia ada tanya aku macam mana nak tenangkan hati...Aku pun tak tau sangat jadi aku pun cari lah kat internet...ada lah aku jumpa yang aku rasa bagus..jadi aku pun kongsilah dgn dia...
 dan aku rasa boleh juga ltk dlm blog ni...

from: islamic-testi.blogspot.com
“Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28)
So, rajin2 lah berzikir...Ayat2 Almathurat tu sangat baik untuk diamalkan...
********************
(yang kat bawah ni aku baca post dari hayati husni )

Mungkin bahan di bawah berguna kepada kita suatu masa
nanti. “Ubat penenang” dari Al-Quran ni tak ditakwil lagi kemujarapannya..KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut
ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUSTASI?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
ayat 200

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
Yusuf ayat 87
*********************

from: badarsmkap.blogspot.com

Oklah...setakat ni je kut nak kongsi...Banyak sebenarnya cara2 nak tenangkan jiwa...Sesungguhnya perasaan kusut itu dtgnya dari Allah, maka dari Dia jugalah dtgnya ketenangan...Mintalah padaNya, Nescaya kamu takkan merasa rugi...huhuhu

Salam Lebaran

Monday, September 20, 2010

| | | 0 comments
Hari ni dah masuk hari ke 11 kita myambut kedatangan bulan syawal....

Lama betul aku tak buka blog...urm...sempat lg kut nak bg ucapan kat blog ni..

Buat semua yg mengenali aku...Andai jauh tidak dapat bertemu, Andai tangan tak mampu bersalam, Setidaknya kata masih dapat mengungkap, Setulus hati mengucapkan, Salam aidilfitri Maaf zahir dan batin...
Maafkan segala kekhilafan... Semoga Allah membimbing kita ke Jalan yg Benar..