Sahabat

Thursday, June 24, 2010

| | |
Suatu ketika... 

Ketika begitu ramai teman berada di sisimu, kamu menjadi leka dan kurang menghargai persahabatanmu... 

Ketika kamu berbalah dengan beberapa temanmu, kamu tidak cuba menjernihkan perhubungan itu...Malah kamu melukai hati mereka dengan kata-katamu... 

Ketika mereka mula menjauhi kamu, kamu tidak menghalang...Kamu lebih menjaga egomu dari sahabatmu... 

Ketika itu kamu rasa masih ada ramai lagi teman disamping kamu, Tiada yang menjejaskan kehidupan seharianmu jika mereka pergi... 

Malangnya.. 

Bila mereka berlalu pergi, temanmu yang lain mula meragui keikhlasanmu bersahabat...Mungkin kah mereka bakal mengalami nasib yang sama... 

Merasakan persahatan mereka tidak begitu penting pada kamu, mereka mula menjarak kan diri...lalu terbinalah dinding yang mengasingkan kamu dengan temanmu yang lain... 

Semakin lama semakin tinggi, sehinggakan kamu tidak mampu melihat temanmu lg... 

Kini.. 

Disebalik dinding itu, kamu berseorangan manakala temanmu yang lain berbahagia di sebelah sana... 

Tatkala itu, kamu begitu merindukan temanmu yang dulu..Temanmu yang pernah membahagiakan kamu... 

--^-<@ 

Aku dan kamu juga mereka pasti akan menghadapi kesulitan, namun bila kita masih mempunyai sedikit keinsafan..masih ada waktu untuk pulihkannya... 


Aku bahagia menjadi sahabatmu


Mengertilah kata-kataku ini.. 

Wahai sahabat, 

Jika kamu pernah merasa kecewa, maka aku merasa sangat hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi kekecewaanmu. 

Jika kamu pernah merasa marah, akulah juga yang merasa terkilan. Kerana aku tidak sempat memadamkan api kemarahanmu itu. Dan tidak sempat membimbing tanganmu kearah taman bunga-bungaan yang indah supaya marahmu reda. Supaya ceriamu kembali. Supaya wajahmu kembali seri. 

Lantaran aku tahu, luka hatimu berdarah kembali. Namun aku lalai dengan kesibukanku. Lalu kamu pergi menyepikan diri. 

Aku tahu kamu tidak pernah minta dikasihani, namun akulah yang merasa kasihan pada diri sendiri kerana meminggirkan persahabatan itu. Kerana menjadi sahabat yang rugi dalam hidupnya. Entah apalah harganya bagi kutebus kerugian ini. 

Aku tidak meletakkan kamu sahabat yang terbaik. Kerana terlalu jarang waktu kita bersama. Namun aku sangat memerhatikan kamu. 

Dan menyayangi persahabatan yang tulus itu. Kerana aku melihat persamaan yang sangat banyak diantara kita. Yang mana kamu dan aku adalah dua insan yang memiliki sangat banyak kelemahan. 

Namun kamu tidak pernah melihatnya sebagai kekurangan, malah kamu melihat kelemahan aku juga sebagai sebuah keunikan, dan bergitu jugalah kamu itu pada pandanganku. 

Teman dunia akhirat


Dan.. 

Dan aku sedar bila ada yang menyakiti dan membebani kamu. Biarkan mereka. Biarkan mereka dengan curiganya...Kerna itulah lumrah hidup..."Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu. kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan".. 

Namun selalu aku bisikkan padamu. “Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila kita hanya tahu berkasih sayang.” Aku tidak pasti adakah ianya mendatangkan pelajaran bagimu ataupun tidak. Tetapi itu bukanlah menjadi soal kepadaku, kerana aku menerimamu beserta dengan sifat yang lemah itu. 

Eratkan persahabatanmu


--^-<@ 

Bagi temanmu yang sebegitu membencimu, usahlah kamu mengikut rentaknya..Kerna itu hanya mengeruhkan lagi keadaan.. 

Kamu nampakkan lah keramahanmu, kesopanan dan rasa persahabatanmu kepada teman yang membenci kamu, seperti kamu nampakkan hal itu kepada orang yang kamu cintai... 
Dan Ketika kamu menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatimu pasti lega, jiwamu pasti bebas daripada bara permusuhan" 

Setiap perkara yang berlaku itu hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. Kerana sesungguhnya tiada sesuatu yang Allah tentukan dan laksanakan itu sia-sia. Kerana Allah itu Maha Bijaksana... 


Sumbangan, x ingat amik kt mana, dah lama simpan. terasa nak berkongsi..

0 comments:

Post a Comment