Kata Pengisian Jiwa
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
...Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
...Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…
...Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal…
Air Mata itu..
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”
“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.
“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”
Sabda Rasulullah SAW...: "Wajah yang dibasahi air mata karena takut pada Allah walaupun sedikit akan diselamatkan dari api neraka"...
Tali dan simpulan hidup...
Jalan kehidupan itu ibarat tali yang panjang,
Kadang kala ia lurus dan mudah untuk dilalui,
Itulah waktu kesenangan yang diberi,
Kadang kala ia bersimpul pabila datangnya ujian dan dugaan...
Simpulan itu pula boleh di ungkaikan dan mampu juga menjadi simpulan mati...
Ketika itulah kita dapat melihat bagaimana manusia menghadapi ujian itu...
samaada cuba untuk mengungkaikan atau terus saja memutuskannya...
Bagi yang masih mencuba untuk mengungkaikan simpulan itu,
Mereka perlu berhati2 memilih tali yang mana perlu ditarik,
Agar senang simpulan itu diungkaikan,
Itu lah gunanya akal fikiran yang dianugerahkan kepada manusia..
Namun Bila kita tersalah pilih,
Simpulan itu semakin sulit dan itulah cabaran dalam ujian itu,
Kadang2 kita putus asa kerana kesulitan itu,
lalu kita memotong terus tali itu...
Bila ada yang memutuskan terus tali yang tersimpul itu
Tali itu hanya ada penghujung tiada lagi sambungan,
Akibatnya kehidupan kini terhenti disitu...
Dan itulah ciri-ciri orang yang mudah putus asa dalam hidupnya...
Namun sebenarnya simpulan itu mampu dileraikan,
Walaupun lama masa diambil,
Katabahan untuk menghadapi dugaan dan cabaran itu,
Pasti akan dibalas dengan kejayaan,
Dan itu lah kejayaan bg org2 yang sabar...
Wahai saudaraku yang sudah berputus asa,
Hidupmu bukan lah terhenti disitu,
Kerana tali itu masih boleh ikat semula,
Dan itulah peluang bagi org yang ingin berubah...
Maka ikatlah tali itu dengan ikatan yang betul,
Barulah tali itu lebih kukuh dan tidak mudah terlerai,
Disitu kita dapat lihat kekuatan kita pabila kita memilih jalan yang benar,
Dan Kebenaran itu datangnya dari Yang Maha Esa...

Sahabat
Suatu ketika...
Ketika begitu ramai teman berada di sisimu, kamu menjadi leka dan kurang menghargai persahabatanmu...
Ketika kamu berbalah dengan beberapa temanmu, kamu tidak cuba menjernihkan perhubungan itu...Malah kamu melukai hati mereka dengan kata-katamu...
Ketika mereka mula menjauhi kamu, kamu tidak menghalang...Kamu lebih menjaga egomu dari sahabatmu...
Ketika itu kamu rasa masih ada ramai lagi teman disamping kamu, Tiada yang menjejaskan kehidupan seharianmu jika mereka pergi...
Malangnya..
Bila mereka berlalu pergi, temanmu yang lain mula meragui keikhlasanmu bersahabat...Mungkin kah mereka bakal mengalami nasib yang sama...
Merasakan persahatan mereka tidak begitu penting pada kamu, mereka mula menjarak kan diri...lalu terbinalah dinding yang mengasingkan kamu dengan temanmu yang lain...
Semakin lama semakin tinggi, sehinggakan kamu tidak mampu melihat temanmu lg...
Kini..
Disebalik dinding itu, kamu berseorangan manakala temanmu yang lain berbahagia di sebelah sana...
Tatkala itu, kamu begitu merindukan temanmu yang dulu..Temanmu yang pernah membahagiakan kamu...
--^-<@
Aku dan kamu juga mereka pasti akan menghadapi kesulitan, namun bila kita masih mempunyai sedikit keinsafan..masih ada waktu untuk pulihkannya...
Mengertilah kata-kataku ini..
Wahai sahabat,
Jika kamu pernah merasa kecewa, maka aku merasa sangat hampa kerana tidak berkesempatan untuk berkongsi kekecewaanmu.
Jika kamu pernah merasa marah, akulah juga yang merasa terkilan. Kerana aku tidak sempat memadamkan api kemarahanmu itu. Dan tidak sempat membimbing tanganmu kearah taman bunga-bungaan yang indah supaya marahmu reda. Supaya ceriamu kembali. Supaya wajahmu kembali seri.
Lantaran aku tahu, luka hatimu berdarah kembali. Namun aku lalai dengan kesibukanku. Lalu kamu pergi menyepikan diri.
Aku tahu kamu tidak pernah minta dikasihani, namun akulah yang merasa kasihan pada diri sendiri kerana meminggirkan persahabatan itu. Kerana menjadi sahabat yang rugi dalam hidupnya. Entah apalah harganya bagi kutebus kerugian ini.
Aku tidak meletakkan kamu sahabat yang terbaik. Kerana terlalu jarang waktu kita bersama. Namun aku sangat memerhatikan kamu.
Dan menyayangi persahabatan yang tulus itu. Kerana aku melihat persamaan yang sangat banyak diantara kita. Yang mana kamu dan aku adalah dua insan yang memiliki sangat banyak kelemahan.
Namun kamu tidak pernah melihatnya sebagai kekurangan, malah kamu melihat kelemahan aku juga sebagai sebuah keunikan, dan bergitu jugalah kamu itu pada pandanganku.
Dan..
Dan aku sedar bila ada yang menyakiti dan membebani kamu. Biarkan mereka. Biarkan mereka dengan curiganya...Kerna itulah lumrah hidup..."Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu. kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan"..
Namun selalu aku bisikkan padamu. “Hiduplah dengan penuh kemaafan, dan hidup ini lebih indah bila kita hanya tahu berkasih sayang.” Aku tidak pasti adakah ianya mendatangkan pelajaran bagimu ataupun tidak. Tetapi itu bukanlah menjadi soal kepadaku, kerana aku menerimamu beserta dengan sifat yang lemah itu.
--^-<@
Bagi temanmu yang sebegitu membencimu, usahlah kamu mengikut rentaknya..Kerna itu hanya mengeruhkan lagi keadaan..
Kamu nampakkan lah keramahanmu, kesopanan dan rasa persahabatanmu kepada teman yang membenci kamu, seperti kamu nampakkan hal itu kepada orang yang kamu cintai...
Dan Ketika kamu menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatimu pasti lega, jiwamu pasti bebas daripada bara permusuhan"
Setiap perkara yang berlaku itu hanya Allah yang lebih mengetahui hikmahnya. Kerana sesungguhnya tiada sesuatu yang Allah tentukan dan laksanakan itu sia-sia. Kerana Allah itu Maha Bijaksana...
Sumbangan, x ingat amik kt mana, dah lama simpan. terasa nak berkongsi..

Hold my hand...Maher Zain
Aku suka lagu ni dan banyak lagi lagu Maher Zain yang aku suka... Lagu tentang persahabatan sesama manusia yang kadang2 kita abaikan...Hayatilah...
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji
Copyright: Awakening Records 2009
I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair
Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought
Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors
So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
~Pertemuan dan Perpisahan~
Setiap perhubungan itu dimulai dengan pertemuan. Dari pertemuan itu kita saling mengenali dan memahami diri masing-masing dan dari situ timbulnya perasaan kasih kepada insan itu... Namun bila adanya pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan...
Pertemuan itu pula hanyalah permulaan sebuah perpisahan...Mengapa disalahkan perpisahan sedangkan tidak akan ada perpisahan tanpa pertemuan... sememangnya kita semua akan berpisah sama ada sementara atau selamanya...
Hargailah sepanjang pertemuan itu, penuhi lah dgn bait-bait kebahagiaan... dan relailah perpisahan,kerana pasti akan ada pertemuan seterusnya...Sehinggalah jasad kita dipisahkan dari nyawa... Begitulah kehidupan
Azfar : Akan aku jumpa
(Lagu ni amat aku suka,dan jalan ceritanya pun aku suka...(^_^))
Secara kesimpulannya...
Kita hanya manusia biasa, setiap manusia itu mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Tidak sepatutnya kita yang hanya manusia biasa menghukum manusia lain yang kita rasa lebih teruk dari kita sedangkan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui kedudukan hamba-hambaNya disisi Nya.... Allahu'alam..
Hayatilah setiap patah perkataan dalam lagu ini yang digabungkan menjadi satu baris ayat yang begitu dalam maksudnya...
Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.
Hari berganti hari
aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus
menempuh mimpi-mimpiku selalu
Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi
bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu
All about me...
Pengenalan ringkas dari tuan punya blog....
Asalamualaikum w.b.t.,
Terima kasih sebab sudi meluangkan masa membaca blog ni... Buat yang mengenali aku, blog ni lah kehidupan aku yang sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran aku...mungkin kamu semua pun tak dapat percaya...tapi inilah aku dari dalaman... Selamat membaca.
Subscribe to:
Posts (Atom)