Hakikatnya Manusia Berubah

Sunday, July 17, 2011

| | | 0 comments
Asalamualaikum...Lama tak berblog, sebulan skali je aku taip post baru..ish3..Banyak benda nak cite tp malas nak menaip...

**************************
...Tapi...
Hari ni terasa nak kongsi sesuatu yang tetiba muncul dalam kelapa..Ehh silap..kepala aku ni ha....kui kui kui

Tentang seseorang dan tentang aku...Pergghhh..Bedebar2 lah pulok..
hahahaha...Opppsss...bukan kisah cinta yaaa anak2...hehe


Mengenai seorang kawan, yang nampaknya dalam bulan ni agak berbeza penampilannya or karakternya la...

Dulu, dia dikatakan seorang yang agak tidak menyenangkan kawan2 yang lain...mungkin sifatnya yang "begitu" ...Psst: itu rahsia, xleh ckp...hehehe..Sampai kawan2 aku yang lain ni (termasuk aku kut), menjauhi dia ( bukan meminggirkan dia, tp seboleh2nya cuba untuk kurangkan interaksi dgn dia sbb bila ada interaksi, akan ada yang tidak puas hati..ermm)...Mungkin korg rasa tak patut apa yg kami buat ni...tp klu korg dkt dgn dia, tahu "sifat" dia, korg pun setuju agaknya... 

"Maaf kawanku, bukan memburukkan cuma itu lah yang sebenarnya berlaku"

Tapi...Sejak dua menjak ni kan... Ada perbezaan sedikit...Dia agak lain pada sesetengah perkara...
(Atau mungkin dia merasa "terpinggir"???, jadi dia cuba rapatkan kembali jurang??..tapi salahkah dia merasa begitu?..)...ermm.. aku pun tak tahu...
Cuma..
 Bila aku fikir sejenak (mula menganalisa), Entah kenapa aku rasa bersalah sangat...Dalam diam, rupa-rupanya aku ( dan mungkin sesetengah kawan aku yang lain) ada juga buat salah pada dia...Dan rupa-rupanya, ada juga kebaikan dia pada aku, yang aku tak nilai..mungkin sebab keburukan dia lebih banyak menutupi kebaikan dia...Ermmm... 

Mungkin sukar untuk aku percaya, tapi...
HAKIKATNYA MANUSIA BERUBAH

Manusia ni bermacam2 kan...Kita sangka kita dah cukup baik, tapi ape plak org lain kata tentang kita???!!.urmm...Kalau nak bagi semua orang puas hati dengan kita mmg boleh jadi gila lah...Tapi ape yang perlu untuk semua orang gembira??..Amat susah untuk itu berlaku...Setiap manusia mempunyai pemikiran dan hati masing2 yang berbeza...jadi mustahil untuk kita gembirakan semua pihak sekaligus...

Cuma... Kita boleh mgubah apa yang kita rasa kita perlu ubah, sebab tak ada yang kekal melainkan Dia...dan Salah satu permulaan untuk satu perubahan yang baik adalah memaafkan kesalahan org lain...

"Orang yang buruk perangainya, tak semestinya buruk selamanya...dan orang yang baik perangainya, tak semestinya baik selamanya..."

"Anda rasa anda seorang yang baik???!!, fikir semula"...ermmm...

************************

Aku sedar aku ni bukan baik sangat..Kita semua banyak kelemahan sebenarnya...Mengharapkan kemaafan dari kelemahan kita ni, tapi sukar memaafkan kelemahan orang lain...
Jadi, patutkah aku rasa kelemahan aku patut dimaafkan sedangkan kelemahan orang lain aku sukar nak maafkan...( Tidak adil rasanya kan..)..huhuhuhuhu...

Bila seseorang mahu berubah kearah yang lebih baik, kita sepatutnya rasa gembira untuk dia..bukannya mempertikaikan kenapa dia nak berubah, atau boleh ke dia berubah??!!...Arrgghhh...teruk jugak aku ni kan...(Urmm, itu yang aku pikir, dan itu yang menginsafkan aku...aku pun tak sempurna untuk menyalahkan ketidaksempurnaan orang lain...)



Maafkan aku...