Nasi lemak EZF..

Saturday, November 6, 2010

| | | 0 comments
Alhamdulillah dah berakhir pun keje sampingan aku yang ketiga ni...hehe..2 minggu yang lepas, tgh2 duk melepak dalam bilik tetiba aku dan rumate ku duk sembang2 nak jual makanan..sesaja wat hilang bosan2..time rancak duk bual tu cik jalini masuk, kitorg pun cite lah ape yg kitorg sembangkan..tetiba cik jalini dapat idea nak jual nasi lemak...hahaha..m...rancanglah cam ne nk buat nasi, sapa yg nak masak, camne nak jual..macam2 lah...hehe..pastu kitorg gelak...macam tak logik plak kitorg nk mjual ni..ish3...

Pastu suasana jd serius balik..aku pun tanya "betulke nak jual nasi lemak malam2 kat blok2?"..cik ja pun kata "betul lah, korg ingat memain ke"..pastu aku ngan cik eman ketawa balik..haha...diam plak...kalau serius aku no problem...akhirnya kitaorg berpakat nak menjual nasi lemak dari blok ke blok..berjaya ker???...

Dengan modal 50 ringgit sorg, kitorg pun rancanglah nk beli apa kat pasar esok...Macam tak percaya aku bangun awal pagi kul 8 semata2 nak gi pasar beli barang..heh heh heh...mula2 memang liat lah nak bangun tp disebabkan azam yg membara, buka jgklah mata...huhu..pas bersiap aku ngan cik eman pegi pasar...pas selesai beli barang kitorg pun balik lah..mula2 tu tak tau nak wat apa, nak start kul berapa...jawabnya kitorg gi mjual agak lewat...

Hari pertama gi jual kat blok besar...masa nk start laung tu..suma pun kaget..x tahu sapa nk mula dulu..haha..aku lg lah, malu giler kutt..muka aku pun dh semacam je tebalnya...last2, cik jalini start dulu..aku memang diam xblh nak cakap sampai abih pusing satu blok besar tu...sori kekawan, mengambil masa siket...dalam sebesar2 blok tu, 2 tiga org je nak beli nasi lemak...sedih giler..macam tak laku jer jual nasi lemak..huhu...dalam duk sedih2 tu gi lah blok lain mana tau ada rezeki...alhamdulillah aku dah boleh buka mulut...

"makanan, makanan...nasi lemak!!!!!" hehehe..
Nasi lemak yang kitorg jual lebih kurang macam ni lah tapi takde daun pisang la...hihi

Dah beberapa blok kami pusing, alhamdulillah abih jugak nasi lemak...baru ada semangat nak jual lagi esok...hehe..kebanyakannya tanya pasal buah n makanan yg agak ringan..hurm, so kami pun decide nak tambah makanan lain dan buah...pagi esok nya, aku ngan cik eman gi pasar lagi...kali ni kitorg gi beli buah "jambu batu" dan "honey dew"...pastu barang2 nak buat bihun goreng, nugget dan sosej...

Hari kedua kami jual banyak makanan...Alhamdulillah laku...sepanjang kami menjual ni, jarang lah rugi, selalunya kalau tak abih jual pun,  kami dapat modal kami balik...

Pengalaman paling mencabar dan tak boleh lupa satu malam ketika  tgh menggoreng nugget, tetiba ada budak aras atas datang bilik bagitau ada spotcheck malam ni..gelabah gila aku ngan cik jalini...minyak duk tengah panas lg tu..terus simpan periuk dalam almari...barang2 lain pun masuk dalam almari..time tu plak aku kena masuk keje kul 8 malam..dah terlewat sejam sebab nak kemas barang..huhuu.. sek baik ada kak sya, kitorg tumpang bilik dia malam tu, angkut lah barang2 yang penting..alhamdulillah...aku pun dengan tergesa2 pergi keje...

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Tagaabun:11)


Malam tu kitorg menjual kat kolej lain...sebab dah lewat sangt...pas aku balik keje tu aku terus g kat kekawan lain...malam tu memang sangat penat...masa jual tu, alhamdulillah ada rezeki kat kolej tu...tgh2 nak jual tu, teringat cik syg...nak di jadikan cerita, cik eman nak hantar cik syg balik bilik naik moto...malangnya malam tu jugak moto rosak xboleh start...serabut otak aku masa tu..cam nak nangis tp control..tak nak kawan2 aku risau..urmmm....

Masa yang sama teringat janji dengan cik anis nak ajar dia SPSS malam tu..kesian dorg tunggu2 aku sampai dah tak mampu tunggu, pn Una pun balik blok dia...kesian korg kan...soriii...sek bek cik anis call, aku mmg dah terlupa langsung pasal tu..huhuhuuu...dah lah time tu kdt aku tak da, nak tepon sape minta tolong, no mekanik pun aku tak tau..huhuuu....last2 minta tolong cik anis tanya cik nafizah no tepon mekanik..tapi dh kul 12 mlm, mekanik tu pun dah tido...huhuhu...cam ne  nak buat ni..huhuhuhu... 

Aku cuba lg start moto cara manual sampai lebam2 kaki aku masih fail jugak..sakit giler kaki aku....huhu..dugaan itu hmpir2 buat aku rebah..huhuhuu... disebabkan xboleh start jugak, call la kak sya nak minta tolong antar kitorg..duk tgh bersembang dgn kak sya, aku try start moto lg... Alhamdulillah dah boleh...syukur sgt2...pastu tu, cik eman antar cik syg balik, aku ngan cik ja pulak sambung mjual..selesai jual tu, kitorg bincang lah camna nak bawak barang balik blok..mula2 aku antar cik jalini bawak separuh barang...kali kedua bawak cik eman dan barang lain..huhu..teramat penat ...dalam kul 3 pagi selesai semua, terus pejamkan mata, dugaan yang amat berat hari ni...huhu...esoknya aku keje malam, bimbang jugak lah moto rosak balik...tp dah keje, terpaksa pegi juga..urmmm...

Dugaan kali kedua...dugaan yang bertimpa2 untuk ku...urmmm..

Nanti aku cite...huhuu..tp dugaan kali ni ditemani dgn tangisan...kali ni benar2 aku rebah...

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(Al-Insyirah )


psst: Alhamdulillah selesai dah keje sampingan ni...dapat jugak untung....boleh simapan wat beli laptop (berangan je la)...huhuhuuuu


Aku Cuma An-Nisaa

Thursday, November 4, 2010

| | | 0 comments

Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..